Followers

Tuesday 27 December 2011

"BANGGA BERKHIDMAT" Menjadi Nilai Teras Navy People

nilai teras 1
Navy People

Pada suatu ketika dahulu kita sering disajikan dengan lagu-lagu berbentuk patriotik seperti Barisan Kita, Tanjung Puteri, Bahtera Merdeka yang secara tidak langsung membangkitkan semangat kecintaan terhadap tanah air kita. Patriotik bukan saja perjuangan tetapi menyemarakkan kecintaan kepada tanah air. Seni katanya yang indah membuatkan ia tak lekang dibibir mulut rakyat. Sewaktu bulan Kemerdekaan pula kita sekali lagi akan didendangkan dengan pelbagai lagu-lagu patriotic yang mana tidak lain bertujuan untuk menanam semangat patriotik dan rasa cinta kepada Negara, bukan dengan cara paksaan, tetapi secara sukarela menyambut kelahiran Malaysia sebagai negara yang merdeka.

Mengambil pendekatan tersebut, kepimpinan TLDM sekali lagi telah membawa satu wadah baru dalam memartabatkan imej Navy People. Kelahiran lagu Nilai Teras iaitu Bangga berkhidmat telah berjaya dirakamkan oleh KOSWA dengan kerjasama Orkestra RTM di studio Angkasapuri Kuala Lumpur pada 30 Nov yang lalu.  Lagu Nilai Teras TLDM, yang diberi nama Bangga Berkhidmat telah dilancarkan oleh Panglima Tentera Laut sempena Hari Inovasi TLDM 2011 pada 16 Ogos 2011. Lagu yang dicipta dengan kerjasama antara Bahagian Pengurusan Strategik dan Badan Kesenian TLDM ini, selain menjadi salah satu lagu rasmi TLDM ianya juga diyakini mampu menerap budaya positif sekaligus mencerminkan keperibadian Navy People secara umumnya. Apa yang istimewanya, lagu ini mendapat sentuhan peribadi Panglima Tentera Laut yang dicipta khusus untuk menyemarakkan lagi penghayatan, penerapan dan pengamalan nilai-nilai teras yang telah ditetapkan di dalam TLDM iaitu 4 Nilai Teras TLDM ‘Kemuliaan’, ‘Kesetiaan’, ‘Keberanian’ dan ‘Kebanggan’. Navy The Best yakin lagu ‘Bangga Berkhidmat’ ini akan sentiasa bermain dibibir mahupun ingatan apabila ianya dinyanyikan.

Berteraskan Empat Nilai Murni,
Jadi Pemangkin Visi dan Misi,
Menjana Tekad Untuk Berbakti,
Bangga Berkhidmat Sentiasa Disegani,

Kemuliaan, Berhati Luhur,
Kesetiaan, Patuh dan Taat,
Keberanian, Sedia Berkorban,
Kebanggaan, Rela Berkhidmat,

Ikrar Kami Sekata,
Berkhidmat Dengan Bangga,
Capai Wawasan Mulia,
Tentera Laut Bertaraf Dunia.


TLDM hari ini nampak nyata sebagai contoh kepada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM kerana mampu membawa kemajuan dalam aspek inovasi.

Navy The Best

1 comment:

Anonymous said...

Un articolo pubblicato verry buona. Sforzo buona e Keep it up.Marina Militare รจ sempre la migliore.