Pahlawan Negara,
Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak
(HUS) pukul 1.45 pagi ini. Mendiang dikejarkan ke HUS dari kediamannya di
Kampung Sungai Apong selepas mengadu sakit dada pada pukul 12 tengah malam.
Datuk Temenggong
Kanang Anak Langkau meninggal dunia di Hospital Umum dipercayai akibat serangan
jantung pada jam 0145 pagi. Kanang yang berumur 65 tahun merupakan anak Sarawak
yang menjadi kebanggaan negara keranan keberaniannya menentang komunis ketika
bersama Angkatan Tentera Malaysia dari 1962 sehingga 1963.
Takziah diucapkan kepada keluarga beliau atas kehilangan orang tersayang yang amat disanjungi sebagai perwira di mata rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment