Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) akan menjadikan Persatuan Pegawai-pegawai Bersara Angkatan
Tentera (RAFOC) sebagai mentor bagi memantapkan perkhidmatan pasukan
keselamatan itu di negara ini.
Panglima ATM
Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata RAFOC memainkan peranan penting
berdasarkan pengalaman yang dimiliki mereka sebelum ini meskipun sudah tidak
berkhidmat lagi. Pengalaman mereka dalam aspek keselamatan dan sebagainya
semasa berkhidmat dahulu dilihat mampu dimanfaatkan anggota pasukan ATM
sekarang dan di masa akan datang.
RAFOC sebagai
persatuan yang tetap releven dan yakin mampu menyalurkan cadangan bernas serta
menyambut baik sebarang pandangan mahupun cadangan dari semasa ke semasa bagi
kebaikan ATM sendiri.
Sementara itu,
Presiden RAFOC Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth berkata RAFOC
sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang pandangan atau pendapat dalam
meningkatkan perkhidmatan ATM. “Kita ingin memberikan khidmat dan kudrat kita
bagi menolong ATM tidak kira dari aspek pasukan angkatan tentera, kebajikan
pegawai-pegawai yang telah bersara mahupun terhadap negara. RAFOC juga sedang
berusaha menambah keahlian yang ketika ini hanya seramai 500,” katanya dan menambah
usaha itu bagi memastikan suara RAFOC didengari dan lebih diyakini dengan
keahlian yang lebih ramai.
Pada forum itu, PAT
turut menyampaikan hala tuju dan transformasi ATM pada ketika ini manakala
RAFOC mengetengahkan isu perbincangan antaranya berkaitan layanan, kemudahan
kesihatan, perubatan, perwarisan pencen dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment