Agi Idup Agi Ngelaban |
PW 1 (B) Datuk
Temenggong Kanang anak Langkau. Beliau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan
Manok Nanga Meluan, Sarawak. Kanang berbangsa Iban. Akibat kenakalannya, Kanang
telah dihalau oleh ibunya, lalu dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang merupakan
seorang yang cekal menghadapi kesusahan hidup sejak kecil. Buktinya, dia sering
melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara hidupnya seperti menjadi tukang
masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan perahu berenjin. Kanang
juga menyertai angkatan tentera secara kebetulan dan diterima bekerja sebagai
Iban Tracker. Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan
dikurniai enam orang anak. Kanang melalui pelbagai pengalaman serta cabaran
dalam pasukan tentera sehinggalah dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran 1
ketika bersara.
Kanang telah
ditembak oleh komunis ketika menyertai Gerakan Pukat di kawasan hutan Tanah
Hitam, Perak. Dia mendapat kecederaan parah dan terlantar di hospital selama
hampir setahun. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahkan pingat kedua
tertinggi negara, iaitu Panglima Gagah Berani (PGB). Pada tahun 1981 pula,
Kanang telah dianugerahkan Bintang Keberanian Tertinggi Negara, iaitu Seri
Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Kanang bersara daripada angkatan tentera pada 30
Mei 1986 setelah berkhidmat selama 21 tahun. Kanang telah dikurniakan Bintara
Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak atas jasa-jasanya kepada negara.
Keberanian dan
semangat nasionalisme Kanang dalam perjuangan menghapuskan pengganas komunis. Semangat
cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat - Kanang mempunyai semangat juang
yang tinggi demi mempertahankan tanah airnya daripada pengganas komunis. Kegigihan
dan kecekalan menghadapi dugaan hidup –Kanang tidak berputus asa walaupun dia
hidup merempat selepas berhenti daripada tentera. Kemiskinan masyarakat di
pedalaman Sarawak – Kanang serta penduduk di kawasan itu hidup dalam keadaan
serba miskin dan hidup bergantung pada hasil hutan.
2 comments:
salah seorg pejuang negara terbilang..
Walaupun jasadnya telah tiada lagi namun semangat juangnya akan senantiasa bersama warga ATM lebih-lebih lagi Kor Renjer....Agi Idup Agi Ngelaban
Post a Comment