Followers

Thursday, 17 January 2013

TLDM TIDAK GUNA WANG AWAM BAYAR AH LONG, PANGLIMA TENTERA LAUT



Oleh : LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ JAAFAR

Saya ingin menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris dalam ruangan Forum akhbar Utusan Malaysia 15 Januari 2013 di halaman 12 yang mendakwa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan 'wang awam' untuk menyelesaikan hutang ah long yang diambil anggotanya. Sumber sini.



Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan beliau telah menyalah tafsir laporan akhbar yang mendedahkan TLDM berjaya menyelesaikan sebanyak RM139,000 hutang ceti haram atau ah long yang melibatkan 102 anggota yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tindakan SM Mohamed menyelar tanpa usul periksa dan bersifat spekulatif boleh menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap perkhidmatan TLDM.

Kita sedia maklum bahawa setiap individu dalam sesebuah organisasi pasti tidak lari daripada masalah hutang. Menyedari hakikat ini, TLDM telah mengambil pendekatan yang proaktif untuk menangani masalah hutang ah long yang membelenggu warganya.

Masalah ini sekiranya tidak dibendung boleh menjejaskan fokus warga yang bermasalah dalam melaksanakan kerja seharian dan tanggungjawab yang digalas.

Pendekatan yang diambil TLDM merupakan satu daripada amalan 'best practices' TLDM iaitu memberi bantuan kepada anggota yang bermasalah. Bantuan ini berbentuk pembiayaan pendahuluan yang ditampung oleh Tabung Kebajikan TLDM.

Tabung ini bukan merupakan dana awam dan tidak melibatkan sebarang sumbangan daripada kerajaan. Ia ditubuhkan khusus untuk menyelesaikan masalah kebajikan serta memberi bantuan kepada warga TLDM yang memerlukannya.

Tabung ini telah digunakan untuk mendahulukan bayaran bagi menyelesaikan hutang warga dengan bantuan pihak ketiga pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding sekiranya bantuan tidak diberikan.

Jumlah sebenar warga TLDM yang terlibat dengan masalah pinjaman tidak berlesen ini ialah seramai 176 orang. Hasil siasatan terperinci yang dilakukan oleh Tim Pengurusan TLDM, didapati bahawa seramai 74 warga yang terlibat telah membayar lebih daripada jumlah yang sepatutnya dibayar.

Mereka ini telah ditindas oleh ah long yang memberi pinjaman sehingga terpaksa membayar jumlah yang terlampau. Penindasan ini dipandang serius oleh perkhidmatan TLDM.

Hasil rundingan yang dijalankan, individu terbabit tidak perlu menjelaskan baki hutang mereka.

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh TLDM sebelum ini, seramai 102 warga yang dinyatakan didapati perlu diselesaikan hutang mereka. Jumlah hutang termasuk faedah yang dikenakan oleh ah long ke atas mereka ialah RM370,000. Hasil rundingan lanjut pihak ah long bersetuju agar mereka ini hanya membayar baki sejumlah RM139,000.

Walau bagaimanapun, warga yang terlibat dalam hutang ini masih tertakluk kepada arahan yang telah ditetapkan di mana potongan gaji tetap dilakukan pada setiap bulan dalam jangka masa yang singkat dan tidak membebankan individu terbabit untuk membayar balik kepada Tabung Kebajikan TLDM.

Langkah yang diambil oleh pihak TLDM dalam menangani masalah kewangan ini seharusnya tidak dijadikan isu dan sebaliknya pihak CAP perlu menyokong usaha dan pendekatan ini.

Jika dilihat dari sudut positif, pendekatan yang diambil TLDM ini bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah kewangan anggota malah dapat melepaskan warga yang terlibat daripada menjadi mangsa penindasan ah long.

Secara tidak langsung penyelesaian ini turut akan dapat meningkatkan moral dan prestasi kerja mereka.

Melalui penyelesaian tersebut, masalah sosial di kalangan warga TLDM yang melibatkan keruntuhan disiplin, melakukan kerja part-time, tidak hadir tanpa cuti serta masalah rumah tangga dapat diatasi.

Tindakan TLDM ini sebenarnya merupakan langkah yang terbaik dalam membantu warganya yang terlibat dalam kes hutang.

Bebanan hutang menyebabkan seseorang individu yang terlibat tidak fokus kepada tanggungjawab sehingga membawa kesan buruk kepada organisasi. Oleh itu, TLDM sentiasa berusaha membantu menangani sebarang permasalahan yang dihadapi demi kesejahteraan dan kebajikan warganya.

TLDM telah belajar melalui kes ini dalam menyediakan mekanisme dan sistem bantuan khidmat nasihat bagi mencegah peminjaman daripada pihak ah long.

Melalui penyelesaian ini, TLDM dapat membendung kes hutang terlampau dan secara langsung akan mendapat memotivasikan warga TLDM dalam pengurusan kewangan agar perkara ini tidak berulang.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi yang terlibat iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang membantu serta pihak yang memberikan kerjasama dalam menangani isu ini.


4 comments:

Anonymous said...

Anggota tentera membuat pinjaman dengan Ah Long? why perkara ini berlaku:
1.Pinjaman warga tentera sekarang hanya terhad kepada Koperasi Tentera.Bank tidak terima permohonan pinjaman peribadi anggota tentera.
2.Interest Koperasi Tentera cecah 6.5% setahun.bank islam 3.99% bank rakyat4.99% BSN 3.25%.
3.Pinjaman Koperasi Tentera bergantung kepada Tarikh Tamat Perkhidmatan.sekarang nak menyambung susah plak.tak kira pegawai atau LLP.

Anonymous said...

tindakan urusan gaji angkatan tentera menyekat anggota dari membuat potongan biro angkasa memaksa anggota membuat pinjaman dengan along berleluasa kerana kemudahan pinjaman yang banyak ditawarkan oleh kerajaan melalui bank dan koperasi dengan kadar yang lebih menarik tidak mampu dinikmati anggota tentera walaupun berstatus penjawat awam seperti kakitangan kerajaan yang lain.Anggota tentera hanya disarankan oleh pihak ugat untuk membuat pinjaman melalui koperasi tentera sahaja berbeza dengan kakitangan penjawat awam lain bebas untuk membuat pinjaman di bank-bank dan koperasi yang di iktiraf kerajaan contoh MBSB amnya menawarkan pinjaman yang menarik dan mampu mengurangkan jumlah bayaran yang tinggi...dan tempoh pinjaman yang lama berbanding koperasi tentera...akibat daripada sekatan dari pemotongan biro angkasa yang disekat pihak ugat memaksa anggota mencari jalan pennyelesaian yang mudah dengan meminjam peminjam tanpa lesen yang amat mudah cara pinjaman tanpa melalui prosedur yang sukar seperti tandatangan peg atasan,atau perlu ditemuduga untuk menjawab segala soalan peg atasan.Perkara ini patut dikaji pihak atasan bukan sekadar mendengar ulasan dari pihak ugat atau koperasi tentera sahaja tapi perlu mendapat pendapat umum dari anggota sendiri adakan forum ataupun penerangan dari kem ke kem untuk mendengar masalah anggota serta pendedahan ilmu pengurusan kewangan yang bijak kepada anggota serta perkenalkan agensi atau badan koperasi yang sesuai untuk anggota membuat pinjaman atau menyelesaikan hutang yang menular dikalangan anggota akibat daripada penyekatan ini...masalah ini banyak membuktikan bahawa penyekatan yang dilakukan oleh pihak pengurusan gaji angkatan tentera gagal dalam menyekat anggota dari masalah berhutang malah menambahkan lagi masalah kepada anggota...Amnya anggota tentera mempunyai perkhidmatan yang tidak sama seperti penjawat awam yang lain perkhidmatan anggota mengikut ttp sendiri 12 tahun 15 tahun 18 tahun dan 21 tahun, sepatutnya pihak koperasi tentera menghapuskan sama sekali pinjaman mengikut ttp anggota supaya anggota mampu membuat pinjaman lebih lama dan bayaran yang rendah.Contoh sekiranya anggota yang sudah membuat pinjaman dengan koperasi tentera tapi ttp perkhidmatan akan tamat lagi 3 tahun , sekiranya anggota tersebut ada masalah kewangan contoh ingin kahwin. koperasi tentera tentu tidak akan dapat memberikan pinjaman lagi kepada anggota kerana ttp anggota ingin tamat. berdasarkan kepada undang2 atau syarat2 pinjaman koperasi tentera ...anggota yang tertekan tidak dapat membuat pinjaman mungkin mencari inisiatif lain untuk mendapat pinjaman tanpa mengira resiko ataupun faedah pinjaman yang tinggi dari along memandangkan pinjaman yang ditawarkan seperti koperasi atau bank lain di sekat untuk membuat biro potongan angkasa kepada anggota ,maka koperasi dan bank yang di iktiraf oleh kerajaan yang lain tidak dapat memberi pinjaman kepada anggota tentera amnya di harap pihak atasan angkatan tentera memandang serius perkara ini..BIAR ANGGOTA TENTERA MATI DI MEDAN PERJUANGAN JANGAN MATI KERANA HUTANG DI SEBAB KAN PENYEKATAN PEMOTONGAN BIRO ANGKASA MENYEBABKAN ANGGOTA BERMASALAH DALAM TUGAS NEGARA YANG DIAMANAHKAN....

catherine william said...

Kami adalah organisasi perundangan yang diwujudkan untuk membantu Orang yang memerlukan bantuan, seperti bantuan kewangan.

Jadi jika anda atau anda berada dalam masalah kewangan dalam kegawatan kewangan, dan anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar bil anda, memulakan perniagaan yang baik, atau telah meminjam lebih banyak Masalah dari tempatan bank, hubungi kami hari ini melalui E-mel: di catherinewilliamloancompany@gmail.com

E-mel: catherinewilliamloancompany@gmail.com


Permohonan pinjaman termasuk:

  Nama: _________
  Alamat: _________
  Negara: _________
  Kedengaran: _________
  Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: __________
  Tujuan Pinjaman _________
  tempoh pinjaman __________
  Pendapatan bulanan: _________
Telefon: _________

Sila hubungi kami melalui e-mel

E-mel kepada kami: catherinewilliamloancompany@gmail.com

Mohammad Ismali said...

kesaksian nyata dan kabar baik !!!

Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.com
dan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com