Followers

Tuesday 5 February 2013

PROGRAM 1ACP BUKA PELUANG KEPADA 30,000 BAKAL VETERAN MENDAPAT KERJAYA KEDUA



Program kerjaya kedua yang dimulakan Kementerian Pertahanan sejak Jun lepas menyediakan bidang latihan yang mampu memberi peluang kerjaya kedua kepada lebih 30,000 pesara tentera menjelang 2020. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program yang dikenali sebagai 1ACP (1 Active Carrier Planning) itu dibangunkan secara ekslusif kepada bakal veteran tentera dan dijalankan melalui usaha sama Kerjaya Sukses Sdn Bhd.

Melalui program ini juga dijangka kira-kira 4,200 hingga 4,800 veteran setiap tahun akan mempunyai kerjaya kedua selepas persaraan mereka. MENHAN juga melancarkan program itu dan laman portal www.kerjayaveteran.my

Program ini bagi memastikan golongan veteran mempunyai kerjaya kedua seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka, manakala laman web itu akan bertindak sebagai portal kerjaya kepada bakal veteran itu. Melalui program itu, Kerjaya Sukses akan mengenalpasti veteran yang akan bersara dalam tempoh tiga tahun dan mengetahui bidang yang bakal diceburi mereka, seterusnya menyediakan latihan dengan segala infrastruktur bagi memberi pendedahan dan latihan secukupnya kepada mereka.

Melalui program itu juga, bakal veteran yang mempunyai masalah kewangan dalam menjalankan kerjaya kedua, akan diberi bantuan pinjaman kewangan seterusnya membantu mereka menjayakan bidang yang mereka ceburi.Program 1ACP itu mendapat kerjasama 14 syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat swasta bagi membolehkan mereka mendapatkan tenaga kerja daripada veteran tentera yang telah dilatih.

Syarikat Iskandar Malaysia turut ingin menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kepada bakal veteran tentera, tetapi kami tidak mampu sediakan kerana tiada satu program khusus bagi melatih mereka. Jadi dengan wujudnya 1ACP ini maka kerajaan bukan sahaja dapat membantu golongan veteran malah membantu syarikat yang memerlukan vetera.


No comments: