Followers

Friday, 22 February 2013

KENYATAAN TERBUKA INSIDEN PENCEROBOHAN TENTERA KESULTANAN SULU DI LAHAD DATU



Perkara yang agak mengejutkan mengenai persiapan pengganas Tausug ini ialah apabila mereka awal-awal lagi sudah mempunyai 'contact person' dengan media barat. Baru 2 hari mendarat di Lahad Datu dan artikel yang menceritakan wanita serta anak kecil mereka dikepung oleh anggota keselamatan Malaysia sudah disiarkan di media barat.

Penulis tidak mencadangkan agar wanita dan kanak-kanak ini disasarkan oleh tentera kita. Namun saya sangat mencadangkan agar satu tindakan decisive diambil bagi memberi petunjuk bahawa kerajaan kita tidak akan berunding dengan pihak yang membuat tuntutan sambil mengacu senjata.

Penulis sempat berbual dengan beberapa orang anggota keselamatan yang terlibat di dalam operasi di pantai timur sabah ini. Cadangan adalah seperti berikut:-

(a) Agar Kerajaan mengistiharkan sekatan laut ke atas kemasukan kapal-kapal yang tidak berdaftar dari Filipina. Kekuatan maritim Malaysia digerakkan dengan 'standing order' untuk menghapuskan mana-mana kapal yang disyaki menyeludup masuk pasukan militan sokongan yang cuba menyertai pasukan pengawal diraja sultan Sulu di Sabah. Maksud menghapuskan disini adalah mudah. Sebaik saja militan di Sabah mendengar ada anggota pasukan mereka menemui maut di laut, mereka akan sedar bahawa Tentera Malaysia sanggup bertindak tegas sekiranya perlu.

(b) Agar Kerajaan Malaysia mengumumkan tempoh dateline kepada penceroboh ini kembali ke tempat asal mereka atau menyerah diri. Apabila tarikh dateline itu telah tamat, maka serangan jarak jauh (mungkin maksudnya menggunakan pesawat, artileri atau roket) dilancarkan ke atas kumpulan pengganas yang sedang terkepung tersebut. Penyelesaian secara bersenjata harus mengambil masa tidak lebih dari 48 jam bagi menutup kesan negative tersebar terlalu jauh di media perdana dan internet.

 


(c) Agar sekatan makanan dan minuman disekat sepenuhnya ke atas kumpulan tersebut.

(d) Agar disebarkan berita (khabar angin?) bahawa terdapat bounty wang yang lumayan akan diberikan ke atas mana-mana pihak tidak kira di Malaysia mahupin di Filipina yang mampu menamatkan nyawa Raja Muda Azzimudie Kiram dan Sultan Jamalul Kiram III Bin Datu Punjungan. Ini serta merta akan menyebabkan kedua-dua individu ini terpaksa menyembunyikan diri atau berkurung.

(e) Agar kerajaan Malaysia meminta bantuan pejuang bangsamoro yang menyokong Malaysia (serta mengharapkan dana bantuan dari Malaysia) untuk mengambil langkah extreme memberikan tekanan kepada waris Sultan Sulu.

Melewat-lewatkan penyelesaian krisis ini (yang sudah masuk minggu kedua) memberi akibat buruk kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang. Secara dasarnya tentera upahan yang berlakon sebagai pengawal diraja tersebut mengharapkan agar Kerajaan akan membayar jutaan ringgit kepada mereke sekiranya mereka setuju beredar. Tapi jika wang ini dibayar maka Sabah ditakdirkan akan menjadi sasaran lanun dan pengganas dari Filipina dan Indonesia yang akan bermaharajalela melakukan serangan gerila keatas Sabah sekiranya tuntutan mereka untuk dibayar 'wang perlindungan' tidak dipenuhi.

Cara Malaysia mengangani insiden ini kini sedang diperhatikan serta 'diprofile' oleh musuh negara (dan tentera Singapura). Pendekatan terlalu berlembut oleh Hisyamuddin yang sebenarnya takut berkonflik lebih banyak membawa keburukan kepada keselamatan negara. Ia juga menjatuhkan reputasi anggota keselamatan negara dan menjejaskan moral angkatan tentera kita.

Sumber : http://afterdarkwrites.blogspot.com

3 comments:

ibnu abdillah said...

hisyamuddin ni mmg terkenal sbg menteri KDN paling bacul dan pondan dlm sejarah politik malaysia, berani laung dlm perhimpunan jek, depan ahli dia bley la dia berlagak pegang keris jerit2 konon2 gaya seorang pahlawan melayu terbilang, tapi sebenarnya temberang, bila jdi kes macam ni terus mati kutu x reti nak settle telur terus mengecut masuk kedalm pundi kencing... phui.. memalukan rakyat malaysia dan tentera serta polis je ada menteri KDN Bacul mcm hisyamuddin nih...

Unknown said...

Tolak tepi lah semua tu dulu. La ni how to solve. Benda dah jadi. Cadangan penulis ni boleh diambilkira.

Unknown said...

Korang nie ckp je pandai cuba korang duduk Kat tmpt hishamuddin..tah2 telur korang sendiri tercabut.....