Kerajaan Malaysia
masih memberi ruang bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan insiden
pencerobohan sekumpulan rakyat Filipina ke negara ini melalui Kampung Tanduo, Lahad
Datu. Ruang yang diberikan itu tidak bermakna kerajaan tunduk kepada sesiapa
tetapi bagi memastikan insiden pencerobohan itu tidak menjurus kepada sesuatu
yang tidak diingini seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Fokus utama ialah untuk menyelesaikan
perkara ini dengan cara yang terbaik.
Pendekatan pihak
berkuasa Malaysia dengan membuka pilihan yang ada dalam menangani masalah
berkenaan ialah bagi mengelak insiden itu daripada dipolemik atau dipolitikkan
pihak tidak bertanggungjawab di dalam negara dan antarabangsa. Pihak yang berkepentingan
dinasihatkan untuk tidak mendesak pihak berkuasa ke tahap itu.
Pasukan keselamatan
tidak akan berkrompomi dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan Sabah. Kedaulatan
negara dan keselamatan rakyat Sabah tetap diutamakan dan dimohon agar semua pihak supaya memberi sedikit masa
kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu. Semua pihak harus
memberi ruang kepada agensi keselamatan negara yang telah dilatih serta
bertindak profesional dalam menjalankan tugas-tugas menangani kejadian
pencerobohan itu.
Insiden itu
bukanlah suatu mainan dan admin berharap agar semua pihak samada di media massa
dan media sosial supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan operasi
pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu. Orang ramai juga
dinasihatkan untuk tidak menggembar-gemburkan keadaan yang kurang benar di
Lahad Datu. Sebagai contoh rakaman kes tembak menembak di pasar awam di Lahad
Datu pada 16 Feb 2009 yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab tiada kaitan dengan insiden ini. Orang ramai dinasihatkan
mendapatkan maklumat sebenar sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh
menggugat keamanan negara.
Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) termasuk Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), sentiasa
bersiap siaga dalam mengawal sempadan negara terutama di kawasan pantai
timur Sabah bagi menyekat penyusupan baharu. Kerajaan melalui Wisma Putra dan
agensi risikan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerjasama baik dan berhubung
rapat berhubung isu berkenaan.
Nasihat admin, jadilah pembaca
dan rakyat yang bertanggungjawab dan serahkan hal insiden berkenaan ditangani
oleh pihak berkuasa. Anggota keselamatan kita di Lahad Datu tidak tidur malam
dan bergadai nyawa mengepung dan mengawasi kumpulan berkenaan. Janganlah jadi
rakyat yang tidak bersyukur dengan mengkritik tugas, pengorbanan dan
tanggungjawab mereka dengan menyatakan askar dan polis tidak buat kerja. Tanpa
mereka, mungkin kita tidak mengecapi keamanan dan kesejahteraan yang kita
nikmati sekarang ini.
2 comments:
great thought mate
Apa lagilah sebenarnya yang diorang nak ni??
Post a Comment