Mantan Perdana
Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Panglima Tentera Laut, YBhg
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar meluangkan masa melawat kapal latihan
pertama TLDM, GAGAH SAMUDERA di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd Sijangkang pada 27
Feb 13
Lawatan singkat itu
bagi meninjau perkembangan kapal setelah ia dilancarkan secara rasmi pada 14
Disember tahun lalu oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Taklimat
ringkas telah diberikan oleh Panglima Tentera Laut sepanjang tinjauan tersebut.
Turut sama, Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, YBhg Dato’ Zulkifli Shariff
dan Asisten Ketua Staf RANOP Markas Tentera Laut, YBhg Laksamana Muda Dato’
Abdul Ghani Othman. YABhg Tun Dr Mahathir mengambil peluang itu bersempena
Upacara Pelancaran dan Penamaan Kapal Latihan Kedua TLDM, TEGUH SAMUDERA yang
disempurnakan oleh YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan Perdana
Menteri ke-4 itu.
Sumber: Portal TLDM
1 comment:
kalau lahad datu sabah boleh tembus guna bot enjin sangkut baik xpayh la beli kapal mahal2 buat rugi duit rakyat sj. pertahanan negara sekarang sewenang2nya d perlekehkan olh sbuah negara kecil spt salah sebuah pulau di Filipina.. tidak memalukan kah?? boleh bolos???
Post a Comment