Akta Angkatan Tentera 1972 tidak membezakan Pegawai dan lain-lain pangkat. Ketika penubuhannya telah mengambil kira pelbagai isu dan pertimbangan supaya sentiasa relevan. Setiap tatacara telah juga mengambil kira proses perundangan yang adil dan saksama bagi semua pangkat dalam perkhidmatan ATM. Sebagai contoh kesalahan yang dilakukan oleh pegawai kanan dibicara terus oleh makamah tentera berbanding lain-lain pangkat yang diberi kelonggaran untuk dibicarakan di meja Pegawai Memerintah di mana hukumannya lebih ringan.
Tentera Laut Diraja Malyasia (TLDM) juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan moral setiap warganya. Setiap proses yang melibatkan pengurusan warga TLDM adalah sentiasa melalui tatacara dan lunas perundangan.
Tiada penyelewengan dan penindasan yang berlaku. Tiga sesi perbincangan dengan anggota DTM telah dilaksanakan dengan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM. Salah satu resolusi daripada perbincangan tersebut, anggota-anggota berkepakaran DTM memohon untuk diberi peluang untuk menamatkan perkhidmatan awal daripada TLDM. TLDM juga menerima saranan ini dengan mengemukan satu Exit Point untuk mereka yang berminat berhenti awal. Pemberhentian warga DTM adalah melalui permohonan untuk berhenti secara sukarela. TLDM menegaskan kelulusan untuk anggota DTM menamatkan perkhidmatan secara awal lebih merugikan kerajaan dan TLDM kerana telah membelanjakan wang untuk melatih mereka. Kerajaan dan TLDM berpandangan kelulusan pemberhentian awal ini menyediakan anggota terlatih dan berkemahiran untuk industri negara TLDM juga telah berjaya berusaha untuk mendapatkan akreditasi diploma DTM. Sebelum ini diploma tersebut telah diiktirafkan oleh kerajaan Malaysia.
Sesi taklimat telah diberikan kepada semua anggota berkepakaran DTM yang berminat untuk menamatkan perkhidmatan mereka secara awal.
Skim DTM tidak boleh disamakan dengan skim Apprentices. Skim apprentices dalam kerjaya dan kepakaran TLDM tidak lagi dipraktikkan sejak tahun 1997. Skim DTM dan teknisyen biasa diwujudkan bagi melatih warga teknikal kapal dan pangkalan bagi mengisi perjawatan-perjawatan teknikal dalam TLDM.
4 comments:
Mantep betul kenyataan yang diberikan. Wak rasalah dengan penjelasan yang diberi NTB maka terlerailah sudah segala tohmahan pihak yang tidak bertanggung jawab. Wak sokong NTB yang berusaha mencari jawapan bagi setiap persoalan yang dibangkitkan. Wak sarankan warga navy jengahlah blok ini kerna bayak maklumat yang berfaedah menerusinya. Tahniah NTB.
Bro semua, apa masalah sebenar diaorang ni, lepas satu2 dok gasak isu navy ni. Gua sememangnya tak fahama apa yang mereka sebenarnya nak. AAT 1972 cubalah tukang komplen tu survey sket. Yang aku heran diaorang kah kjatam ke akta tu. Tak tahu jangan nak cuba jadi tikus.
Ni bro admin, gua skadar nak cadangkan. Lu kasik tau dgn semua yang nak berenti, dapatkan sijil dari pelandok yg diiktiraf oleh mlvk tahap 1 dan 2 dan kalau elok dapatkan vto sekali. Banyak kebaikan dia kat luar beb, lu bayangkan kalau ada cook yang berenti 15 tapi tak diberi vto sayang tu beb, 15 tahun pengalaman masak dia at least kat luar sana senior chef wa cakap lu. Terpulanglah camana lu nak cakap kat navy, gua cdg je beb.
Salam,sy adalah seorg dari anggota DTM yg mengalami masalah berikut..pada mulanya sy amat tidak berpuas hati sbb mengapa masalah ini terjadi pada kami sedangkan rata2 tidak ada masalah dalam perkhidmatan.Tapi nak buat camana sebab tu semua kuasa Allah.Dia yang menentukan rezeki umatnya.DTM/Navy ni penyebab shj.mungkin ada hikmah sebaliknya.Jadi kita fikir secara rasional sekurangnya2 dlm navy ni dapat jugak Diploma,siapa nak bg free belajar..pastu offer berhenti awal..terpulang pada anggota DTM.nak teruskan service navy x halang janji follow order,maju jer request sambung service.Kalau rase blh pi kat luar,berhentila navy dah offer..apalagi siap dpt Diploma dari UTM lagi.Jadi saya mintak janganlah salahkan sesiapa pun Kerajaan ke,TLDM atau pihak pengurusan sebab apa yang berlaku semua dari ALLAH swt.tawakal pada Allah dengan ucapan Astaghfirullah,Bismillah,Alhamdulillah baru kita dapat rasa dalam hati sepenuhnya apa yang berlaku.InsyaAllah hati kita akan lembut dan tenang.Amin
Post a Comment