Followers

Tuesday, 1 November 2011

Comm Check Dengan Navy & APMM

Hello..hello test..test..1,2,3
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu menghadiri Majlis penyerahan 45 ekor lembu sebagai sumbangan Hari Raya Aidil Adha di Bagan Datoh, menasihati pemilik kapal perdagangan dan bot nelayan supaya melengkapkan kapal mereka dengan alat komunikasi yang boleh terus berhubung dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memudahkan usaha menyelamat. Menurut beliau, APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalin kerjasama rapat dalam membanteras kegiatan jenayah di perairan negara. Beliau turut mengulas kejayaan TLDM dan APMM menggagalkan cubaan sekumpulan lanun merampas sebuah kapal tangki MT Nautica yang membawa muatan minyak serta gas bernilai kira-kira RM12 juta di perairan Laut Cina Selatan.

Navy The Best
Sumber: Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Aku stuju sgt dgn cadangan ni. Teruskan usaha murni ini wahai perwira tanah air. jgn jadi mcm polis sudah.. malas nak ckp.
X masyukk x make buat kerja. Semoga usaha TLDM diberkati. Brazo Zulu

banjarmari said...

well done mate!

Usop Sontorian said...

Wak dulu teringin juga nak cakap guna radio set budak RO ni, tapi salalu tak berkesempatan, lagipun Wak tak tahu cara nak gunanya. Satu hari tu Wak dapat peluang masa Wak duty Look-out dan kapal Inderasakti masa tu bersauh, Wak pon turun anjungan, Wak curi-curi cakap dalam radio set tu, Wak ingat lagi Wak cakap "helo this is kapal Sakti,radio cek over".

Rupanya, masa Wak cakap tu OOW nak anjungan, disitu juga Wak kena pamping 50 kali. Tebal muka Wak, OOW bilang Wak telah melanggar peraturan komunikasi. Sebakul jugalah Wak kena marah, Wak jelaskan yang Wak teringin sangat nak guna radio set tu. Semua orang gelakkan Wak, Wak malu juga...tapi tak kira lah yyang penting Wak dah lepaskan gian Wak.

Navy The Best said...

Wak-wak, cubalah serius sikit bila beri komen, asyik nak berjenaka saja. Anyhow terima kasihlah kepada semua atas komen anda. Navy The Best amat menghargainya.