Followers

Friday 18 November 2011

PENGIKTIRAFAN DUNIA UNTUK PANGLIMA TENTERA LAUT

Ketokohan PTL yang terserlah

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kepimpinan TLDM sering menjadi perhatian dunia. Ini dapat dibuktikan apabila Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar sekali lagi dipilih menjadi moderator untuk The 20th International Sea Power Symposium(ISS-20) 2011 yang berlangsung pada di US Naval College, Newport Rhode Island. Beliau pernah dipilih untuk menjadi moderator di ISS-19 pada dua tahun lalu dan atas kecemerlangan dan maklum balas positif para peserta simposium ISS pada tahun 2009 maka beliau sekali lagi dipilih oleh penganjur sebagai moderator bagi bagi ISS -20 pada tahun ini.
gamba2
Tengok tu...ramai...Tahniah Tan Sri
Pelantikan sebagai moderator merupakan satu rekod tersendiri di dalam TLDM kerana beliau merupakan satu-satunya Panglima Tentera Laut TLDM yang telah diberi penghormatan menjadi moderator ISS sebanyak dua kali berturut-turut dan berkemungkinan besar akan dipilih sekali lagi sebagai moderator pada tahun 2013. Ini jelas membuktikan kepimpinan dan ketokohan beliau diiktiraf oleh komuniti tentera laut antarabangsa terutamanya Tentera Laut Amerika Syarikat sekaligus menepis dakyah sesetengah pihak yang cuba untuk discredit kredibiliti beliau.


Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

4 comments:

Anonymous said...

Kalau kita bagus, ke mana saja kita pergi orang akan pandang tinggi pada kita. Kepimpinan TLDM yang ada sekarang harus dipuji dengan tercapainya pelbagai penghormatan dan anugerah. Inilah yang dinamakan pengiktirafan TLDM di mata dunia. Bukan cakap tak serupa bikin macam orang lain. Ibarat tong kosong, berbunyi kuat tapi habuk pun tarak..

Azhar Baharum said...

Memang sejak dahulu lagi Panglima Tentera Laut telah dipandang tinggi oleh setiap lapisan warga TLDM. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar memang telah menjadi idola. Dengan kepimpinan yang jitu telah membawa TLDM menepa kejayaan demi kejayaan dalam TLDM dan yang paling manis adalah kejayaan sukan antara perkhidmatan 4 tahun berturut-turut dan kali ke-5 dalam masa 6 tahun. Dan, sudah semestinya yang paling manis apabila TLDM menjadi Johan pertandingan golf ATM bagi tahun 2011. Tidak syak lagi kepimpinan dan pengorbanan Panglima Tentera Laut adalah suntikan kemenangan ini. Tahniah TLDM kerana kita semua mempunyai pemimpin yang berkomited, berwawasan dan menjadi kebajikan warganya. Empat teras utama harus terus disemadikan pada setiap warga TLDM iaitu Kemuliaan, Kebanggaan, Keberanian dan Kesetiaan. SEDIA BERKORBAN.

Anonymous said...

Bro..gua respek PTL sekarang. Gua pernah serve ngan dia masa kat FOC, kebajikan lu jangan dok buat leceh, itu pantang dia. Dia cukup jaga kebakebajikan kita orang bawah, gua pernah tengok bro sorang pegawai kena screw baik punya ngan dia sbb tak handle divisional period dgn betul. Gua memang salute dia bro. Satu lagi lu orang jangan nak klentong dia, pergh carik nahas bro. Cakap yg betol dia tak marah nyer tolong lagi ada. Gua doakan Tan Sri Aziz Jaafar akan jadi PAT nanti, gua yakin ATM akan best bawah dia. Gua memang dah tak merasa bro, tapi paling tidak gua akan bangga AKS FOC gua dulu jadi PAT. Tabik spring panglima.

Anonymous said...

Thats why he become PTL, knowledgeable and humble.