Followers

Thursday 10 November 2011

Navy People PTKK Turut Asah Pisau

Bismillahhirrahmanirrahim.....

Aktiviti gotong royong melapah daging korban dan pengagihan daging semestinya menjadi kemuncak sambutan Aidil Adha. Namun bagi warga “Navy People” di PTKK ianya disemarakkan lagi apabila Panglima Wilayah Laut 2 dan beberapa Pegawai Kanan lain menyembelih sendiri lembu korban dan ianya turut membabitkan masyarakat kampung. Aktivit yang berlangsung di Masjid Ibnu Battutah selain menjadi ingatan warga PTKK ianya turut akan memberi kesan positif kepada wakil penduduk Kampung Wak-wak, Kampung Selayang dan Kampung Gentisan. Majlis sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat selain menyatukan warga PTKK dalam mencari keredhaan Ilahi, ianya juga sekaligus membuka lembaran persahabatan dan ukhuwah di kalangan “Navy People” dan masyarakat setempat.

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM 

No comments: