Followers

Wednesday, 9 November 2011

Warga TLDM Lumut Dan Kuantan Asah Pisau

Alhamdulillah..terlaksana ibadah korban

Apabila kita memperkatakan perihal sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, tidak lengkap sekiranya tidak membabitkan sembelihan lembu. Atas faktor tersebut juga warga TLDM tidak mahu ketinggalan untuk melakukan ibadah tersebut. Pada tanggal 6 November 11, warga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut dan Kuantan masing-masing sibuk dengan aktiviti sembelihan, sehingga ada yang mengatakan ramai tukang lapah dari lembu. Itulah keseronokan yang dapat digambarkan akan betapa meriahnya aktiviti sambutan Hari Raya Aidil Adha di kedua-dua lokasi tersebut.
Tibang betul-betul...

Di Pangkalan TLDM Lumut, acara bertempat di Masjid An-Nur dimana sejumlah 24 ekor lembu telah disembelih bagi pelaksanaan ibadah korban manakala di Pangkalan TLDM Kuantan ianya berlangsung di perkarangan Surau Al-Amin Balok Perdana. Lembu-lembu yang telah ditumbangkan ini telah di proses secara kerjasama oleh warga TLDM di kedua-dua pangkalan. Sepertiga telah diagihkan kepada peserta dan warga Pangkalan termasuk mereka yang sedang bertugas di kapal manakala selebihnya dimasak secara gotong royong sebagai hidangan makan tengahari.
Bab yang ditunggu-tunggu
Apa yang dapat dibanggakan ialah, selain daripada penghayatan ibadah korban itu sendiri, ibadah ini telah dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat kerjasama di kalangan warga TLDM menerusi aktiviti gotong royong. Kemeriahan yang ada juga telah dapat mengubat kerinduan mereka yang tidak berpeluang pulang ke kampung menyambut Aidiladha bersama sanak saudara dan keluarga di kampung.


Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

No comments: