Followers

Wednesday, 2 November 2011

Tahniah Krew Op Fajar 10

1
Congrats Capt..
Tanggal 1 Nov menjadi saksi apabila seramai 51 orang krew Op Fajar 10 yang berjaya menamatkan misi selama hampir empat bulan di perairan Somalia telah diberikan sijil penghargaan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Hj Osman dalam satu majlis di Markas Armada TLDM hari ini. Krew Ops Fajar 10 terdiri dari 30 orang anggota TLDM, lima orang Tentera Darat, tiga orang Tentera Udara dan 13 orang anggota PSSTLDM iaitu krew BM5. Pasukan ini diketuai oleh Lt Kdr Mohd Faizzal bin Mohd Ali selaku Ketua Gugus Tugas Op Fajar kali ini. Misi ini telah bermula sejak 19 Julai 2011 dan berakhir pada 24 Oktober 2011.


Dalam misi tersebut, BM5 telah berjaya mengiringi sebanyak 34 buah kapal milik MISC dalam 32 konvoi berbeza. Kecekapan dan kesiagaan TLDM dalam memastikan keselamatan kapal-kapal milik negara telah menjejaskan peluang lanun-lanun diperairan Somalia untuk merampas aset negara. Ini terbukti apabila TLDM berjaya mematahkan cubaan rampasan MT Eagle Stealth pada 11 Sep yang lalu. Kemampuan TLDM dalam mengatasi ancaman lanun membuktikan betapa pentingnya Op Fajar diteruskan.

4
Tengok tu..dari Captain sampai ke krew, rambut semua standard...memang berdisiplin mereka ni.
Usaha Kerajaan menubuhkan pasukan Op Fajar adalah sesuatu yang unik kerana belum pernah ada negara yang menggabungkan ketiga-tiga perkhidmatannya dan bekerjasama mengembeling tenaga dalam memastikan keselamatan aset penting negara. Kesanggupan setiap anggota dalam Tim Op Fajar 10 bertugas ketika Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri membuktikan keikhlasan pasukan keselamatan negara dalam menjaga kemakmuran negara.

Panglima Armada turut mengucapkan jutaan penghargaan kepada Krew BM5 terutamanya kepada Kdr Tajudin bin Abd Rahman selaku pegawai memerintah BM5, tim perubatan dari bahagian perkhidmatan kesihatan dan krew pesawat Fennec dari SKN 502, KD Rajawali yang turut sama menyumbang kepada kejayaan misi Op Fajar. Beliau berharap setiap pihak yang terlibat akan terus merasa berbangga untuk menyumbang kepada negara. Sebagai balasan, Angkatan Tentera Malaysia akan sentiasa menjaga kebajikan warganya dan akan sentiasa memastikan warga ATM mendapat imbuhan yang sewajarnya.

Navy The BEst
Sumber: Portal TLDM.

No comments: