Followers

Sunday 17 February 2013

RUNDINGAN TAMAT DENGAN PENCEROBOH DI LAHAD DATU





Lanjutan mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh sekumpulan warga asing bersenjata yang dilaporkan  membuat dua tuntutan daripada kerajaan Malaysia iaitu

a.         Kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

b.         Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

Pasukan Keselamatan
PDRM kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo. Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan PDRM sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka. Pihak keselamatan akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah itu melalui perundingan tanpa bukan pertumpahan darah.

Kerajaan tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu. Justeru kumpulan ini akan dihantar balik secepat mungkin supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka. Sumber risikan menunjukkan kumpulan itu bukan kumpulan militan atau pengganas tetapi penyokong Kesultanan Sulu.

Usaha memujuk kumpulan bersenjata tersebut supaya meninggalkan kawasan itu sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan. Sepanjang operasi tersebut, pihak ATM membantu dari segi operasi pemantauan ke atas kumpulan tersebut disamping bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Admin berharap semua krisis ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh pasukan keselamatan demi kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara.

Pasukan ATM bersedia menghadapi segala kemungkinan

39 comments:

Anonymous said...

diorg ni bercita cita utk menjadikan filipina sprti malaysia, iaitu "Negara Islam Merdeka dan Berdaulat", kiranya Malaysia ni dianggap role model utk mereka, tp buat tempoh ni nasib tak menyebelahi mereka.

Anonymous said...

kesian rakyat sabah ni..mcmane pembrontak yg bersenjata bleh mendarat & bergerak bebas shgga ke kg2.. mne pergi team risikan, rejimen sempadan, gerakan am,tldm, maritim. klu mcm ni la gayanya senang la negara ini diserang..haha, sama mcm kl ni dh jadi mcm negara indon+vietnam+burma+bangla+pakistan+sri langka+siam+cina+tibet dah..haha klu x caya mai la jln2 puduraya

Anonymous said...

lautan kita ni bkan mcm perigi..xperlu r persoalkan anggota kselamatan kita.drg dah cukup buat tugas dgn bek,bukan mudah nak jaga lautan.sepatutnya kita bagi sokongan dan doakan segalanya baik bkn masa ni lah nk pertikaikan semua benda.bersyukur r ada gak anggota keselamatan,kalau xda...sapa yg nk p kawal pemberontak suma tu??sapa yg nak pergi berdepan dengan drg time2 skrg ni??so,jangan cakap ikut sedap hati je...fikir dulu sebelum cakap.

Anonymous said...

minta berita terkini situasi di lahad datu.coz,ada terdengar sumber bg tau dah berlaku kjadian tembak mnembak di pasar lahad datu?its true??harap lah tue brita radio rosak jew...

Anonymous said...

memang bukan macam perigi tapi soal keselamatan negara tak bleh di pandang ringan..jangan kerana laut kita luas maka kita boleh bagi alasan mudah 'laut kita bukan perigi' .....kalau pemisah sulu yang tak cukup kelengkapan pun boleh bolos ke tanah air kita macam mana pulak kalau musuh yang lengkap dengan peralatan moden? MALAYSIA BELUM SELAMAT

Anonymous said...

betul...alasan laut bukan perigi x bley pakai. Senang2 je bolos siap bw senjata api. Tingkatkan lagi kawalan.

Anonymous said...

Hahaha..mmbr ni sembang je pandai.g la duduk kt pskan keselamatan.bru tau.sembang pasai nk mnjahanamkn negara pndi la.klu x selamat jgn dok mlysia.perisikan kita mmg terbaik.xtau situasi sebenar jgn men hembus je.hehe..jgn pndi tuduh je..awk tau situasi sebnar kat sane..xtau kan..hanye mereka berada di sana je tau.kite ni org tengah.diorg mngharapkn mlysia tlg diorg.sdangkn tntntan diorg luar bidang kuasa kite.g masuk atm dulu pastu ddk risik..bru tau mcm mne kije..awk ni da senang..dok tido mkn tido je..kami yg dok jage korang siang mlm bg senang..da tu terima kasih pon xdak.haha..sembang pandai la..hahaha

Anonymous said...

sma mcm k.l jgk kn? mana team risikan, rejimen sempadan, gerakan am, tldm, maritim. klu mcm ni la gayanya senang la negara diserang. hahaha. KM sabah berketurunan philipine, jgn heran sgt klo pemberontak dr philipine blh sng2 msuk sabah. and malaysia terlalu bnyk corruption.

Anonymous said...

yg sy tengok di youtube kejadian tembak menembak di pasar besar lahad datu berlaku pd tahun 2008.tiada kene mengena dgn kejadian yg berlaku skrg.

Anonymous said...

habis ntah brape billion duit rakyat utk beli senjata,bot,kapalterbang,helikopter untuk anggota keselamatan tapi bila kedaulatan Malaysia terancam semua menggelupur...apasal,sebab semua yg dibeli tak bole pakai..takkan nak suruh anggota tentera kiter berperang pakai pistol jer,TLDM pakai tongkang,tentera udara pakai...urmmm...takde apa nak pakai sbb enjin kapalterbang suda kena jual !!!!....hahahahhaha

Anonymous said...

Hahaha..ni lagi sorang bongok...sekola tinggi akai pendek..hahaha..makbapak tau ni keciwa..hahaha..sbb anaknya bongok rupenye..hahaha..g belajar n kaji bab ketenteraan dulu ye..sian awak..kalau letak snjata kt kepala kompom teberak ni..abis rahsia negara dijaja..hahaha.beli mahal2 xkn nak guna sal bab ni sengal..hahaha..bab enjin kapal
Terbang xtau jgn sembang je..g masuk army dulu bru tau cite sbnr..sbb ni mlibatkan rahsia negara.hahaha..ni lah pyumbang kjatuhan negara.hahaha..dok cong sana cong sini..hahaha.xjdk jugak pemimpin.hahaha

Anonymous said...

BTUL2 org taw ckp...cuba suruh drg je yg p jaga negara ni...tah2 bila nmpak pengganas pgg senjata dah pun dah terkencing dlm seluar.tau ckp je,drg xtau apa yg jd kt sna,drg tak tau mcmna anggota kselamatan berkorban tenaga dan kringat tuk bg drg sdp tido...mmg sy ckp lautan bukan perigi coz sy tau rasa ssh dan sng anggota keselamatn org yg pandai nk duduk bg komen buang air liur basi xkan faham...!!!!

Anonymous said...

hu3 mmg org bangang tue ckp mcmtu mmg sengal sangat2 hu3 drg ingat senjata mcm pistol air yg drg men kecik2 dulu kot ...sapa ckp anggota kslamatan menggelupor??klu menggelupor tak da nya drg nk bjaga nk bw senjata berat2 jinjing ke hulu ke hilir ...kau yg menggelupor adalah...ha3

Anonymous said...

btl2 ini pun satu sikap xbertanggungjawab tah sapa yg dongo sgt sebar brita palsu tue.sptt nya time2 skrg ni jg r bg heboh bnda yg tk btul....menegangkan keadaan je.

Anonymous said...

terlalu banyak pendapat atau maklumat tidak jelas. bagilah maklumat yang tepat jangan nak salahkan sesiapa.biar pihak keselamatan menjalankan tugas mereka. Mungkin Anda tidak pernah mengalami seperti apa yang pernah dialami oleh warga lahad datu pada tahun 80an semasa lanun datang merompak beberapa bank dan warga semporna pada tahun 90an walaupuan ada orang awam terkorban tetapi pihak keselamatan perlu dipuji atas keberanian mereka mengusir atau menangkap lanun.

Anonymous said...

Korang jgn la suka pkirin -ve ...
Sabah mmg Filipina pnya
Lagi 1 ...saya rakyat/penduduk Di LAHAD DATU,SABAH
setakat ni xda apa2x blaku ( means tembak menembak )
tapi ada khbar angin.... khabar angin mgatakan akan blaku RUSUHAN ....KAUM SULUK akn buat rusuhan di LAHAD DATU,KENINGAU,KOTA KINABALU pada jam1 pagi = 19/Februari 2013 ...itu hanya sekadar khabar angin ...

Anonymous said...

kalau kamu sokong maknanya kamu sebahagian juga la... ternyata banyak perkara menjadi mainan politik sehingga sanggup mengorbankan orang sendiri.

Anonymous said...

ape yg lu merapu ni bro, tu la dulu org tua suh lu blajar tggi2 lu g lompt pagar. smbg biar cerdik skit pakai otak biar profes skit. smua org tau itu laut luas bkn mcm perigi kt umh lu tu. persoalan skrg mne pg kem,jab,agensi kerajaan yg brtggjwb mnjg keselamatan negara. skrg zaman moden bkn zaman datok nenek lu dulu skrg teknologi serba canggih. k'jaan mmblanjakan budget yg tggi utk keselmatn negara so praktikanla. gua tabik kpd anggota kslmtn ..tp lu kne igt diorg smua dibyar gaji bkn free ye bro. klu lu ade kelayakan xde la lu nk kje mcm tu kan..haha ,xhbis2 nk kne bersyukur.. bersyukur biar bertempt bro, klu dh kg lu penuh dgn pendatang asing,rompak sane rogol sini bunuh sane..tu pon mau bersyukur lg ka ???

Anonymous said...

Kebanyakkan orang yang bercakap dalam ni adalah orang semenanjung yang nun jauh di sana, ckp berapi api, ingat senang kah nak selesaikan masalah pti di lahad datu, semporna, kunak, tawau, keningau dan kk. Bukan mudah bro, nak jaga perairan sabah. Penceroboh ni kalau nak serang memang habis mati katak semua, penceroboh ni datang mana ada bawak jet pejuang, kapal perang, senjata senjata berat kecuali rpg, bom tangan, senjata automatik. Tahan ka nak berperang dengan ratusan ribu tentera kita. Satu yang kita kena fikirkan, apabila kita serang penceroboh ni kekacauan kemungkinan akan berlaku di kawsan bandar, dimana suku sakat mereka buat kacau, masa tu saya seru masyarakat asli sabah mari beri bantuan pada pertahanan negara kita, sukarelawan polis, wataniah, pertahanan awam, bomba perlu keluar memberi bantuan, jgn takut akan pengalaman perang, perang dunia 1 dan kedua, kanak kanak tanpa pengalaaman umur 14 tahun pun da pergi perang. Support negara kita, ingat kata kata tanah tumpah darahku. Jangan biarkan tanah kita dipijak pijak. Nak memerintah mcmana kesultanan sulu ni, pakaian pun da menunjukkan mereka ni takda wang untuk memrintah. Lagi satu penceroboh ni kalo balik philippines akan diserang pulak oleh tentera di sana, mati katak di lautan ja ni

Anonymous said...

senang cerita mereka ini semua mau jd rakyat sabah bah..full stop

Anonymous said...

Hey...kwn mulut tu jga ckit...baik ko jga tepi kain org ngri ko sndri ja la...jngn c buruk2 org2 yg kt ...ngri org lain... tngok dlu ngri sndri tu mcm mna...?

Anonymous said...

Hahaha kesian pla bh kn ko ne.... Sbnrnya fkrn ko la yg ktinggln zaman.... Mmng smua srba cnggh... Tp mlngnya d'malaysia ne ada org cm fkrn ko ne... Smua bgmu... Salah ko ja yg btul... Kuranng bijak bh ko ne broo!

Si Pari-Pari said...

Terima kasih kepada warga tentera yang bertugas, kerana menyekat mereka di situ.. Harap rundingan ini selesai tanpa pertumpahan darah..

Anonymous said...

saya suda call family di lahad datu, dorang baik2 jak di sana.. teda apa2 pun.. orang luar jak ni yg kecoh2 habis...
pasal kejadian tembak menembak di pasar tu, video lama yg di upload pada 2009.. so teda kaitan dengan kes ni..

Anonymous said...

terima kasih kpd mahatir beri ic dgn PTI2 sabah dulu.nak tengok pnghuni hantu? dtg la tgk sndiri sandakan,tawau,semporna,lahad datu.

Unknown said...

kita ni ambil tindakan menggunakan akal, bukan nak berbunuhan, kalau nak dikirakan setakat ramai tu je memang mudah menggunakan kekerasan, masaalah nya sekarang ni tidak akan selesai macamtu je, perkara ni akan berlarutan, mereka tau negara kita tidak akan terus membunuh mereka, mungkin mereka ada sesuatu nak negara kita selesaikan beberapa masaalah yang hanya memerlukan campur tangan negara kita jadi biarkan pehak kerajaan selesaikan cara baik dan mereka pun tau tu takan 100 oramg nak serang lahat datu.....

Anonymous said...

prgfffff hazab tol....cam mana nak hadang comando indon yg lebih ganas tu?cam mana keselamatan rakyat nie?mana2 blog citer atm terhaibat,ggk haibat,...kumpulan sulu pon kena bolos....waaaaaaaaaa nangesss

Anonymous said...

xperlu la nak salah kn sapa2..yg penting tanah air kita..jgn harapkan ATM aja yg memperthankan negara..kita sbg rakyat pun kna la perthankan negara kita sneri..dah tanggungjawab kita sbg rakyat..kerajaan mcm2 dah wat yg terbaik..nak beli senjata, kapalperang n fighter pembangkang politikkan..habis mcm na..cb pk la bro..

Anonymous said...

tahniah ATM dn agensi lain brtungkus lumus mnjga kmanan Negara.Namun trima sgla komen n cdgn scra potif.Manusia tdk ada yang 100% perfect,yg dorng jg mnusia.Nmun pnting jg fkir populiriti smpai ke plastin sdngkn ngra sndir mudah dibolosi,msi dithap kmiskinan dn bnyak lagi.Biar pn crita lahad Datu btul,sparuh btul atu palsu, nmun mlysia hrus sntiasa peka isu2 sngat penting ni.diKatakan ngara maju,eknomi mningkat,dll ,tp hal gni pn tdk pndai jga.

Anonymous said...

ko ni sekolah darjah berapa? ada baca tak dulu kesultanan sulu dah jual sabah pd malaysia. kalau ko jual kereta pada encik ahmad, kereta tu milik ko ke milik encik ahmad? mestilah milik encik ahmad. sebab ko dah jual. jadi jangan jadi bodo otak tarak.

Mohd.Effendy said...

jgn sekali bagi permintaan mereka...lihat saja di plastein.bila bagi muka pada org israil.skrg apa jadi......isreail sdh bermuka-muka di tahan org...

Anonymous said...

saya org sabah..saya sokong tu cakap yang banyak corruption..tapi mau tahu juga corruption tu punca dari mana???mana sudah tu maritime??macamana sulu ni boleh terlepas??maritime under siapa??tidak mau blame la siapa2...kalau bukan sebab projek pengampunan untuk bagi IC dan semua tu dulu..mmg sabah ni tetap milik org sabah..saya salahkan orang yang buat project IC dan org yang terima rasuah...org atasan sabah pun ada yang menurut saja asal kena suap..

Anonymous said...

agreed... tp kasihan warga sabah sbb pilih pemimpin yg sanggp gadaikan negara demi utk mengumpul kekayaan peribadi & mengeklkan kuasa didunia yg sementara ini.

Anonymous said...

"Tanah sabah tuk orang sabah saja"...org duk nun jauh kat seberang jgn nak komen lebih2,korang tau apa,tau ckp je,kitaorang sabah duk relak je pun korang yg panaspunggung..huhu ni la budaya orang sberang bongok asyik jaga tepi kain negeri org je..tuk pgetahuan korang smua ni da dekat pilihanraya besa la,mainan politik ba tu..n ekoran drp RCI,silap2 haribln lanaun sulu ni nak mintak ic pulak...huhu politik2,btambah la pgundi hantu..

Anonymous said...

tabik kepada pasukan keselamatan kita coz bsusah payah mjga keamanan negeri sabah truatama skli pga yg brada di barisan hadapan..

Anonymous said...

celaka la wahai mahathir,haris salleh,pgwai jpn yg bg ic kpda pti2 dr filipine n pakistan...sial btol

Anonymous said...

SEMUA PUN TAK BOLEH PAKAI...!!! Semoga allah membuka minda dan hati suci kamu... Amin...

Unknown said...

Kepada wira-wira tentera berjuanglah demi negara yang tercinta kami dari pasukan 14 komp kptd(askar wataniah) berdoa untuk semua anggota tentera pulang dengan selamat.tempur.tempur.wira.maju.maju.mara.untuk agama dan bangsa malaysia.kami sokong dari belakang.

Unknown said...

elo brader2 suma.. gue budak penang.. peace punya kaki.. xpyh nak gaduh2.. lu org gaduh dlm ni dpt apa... apa pon xdak kn!! apa kata lu org mai penang.. kita kena nasi kandar mari punya !!!