Followers

Friday, 12 October 2012

PERENANG SELAT INGGERIS DINAIKKAN PANGKAT BUKTI PENGIKTIRAFAN DARI KERAJAAN


PM bersama perenang ekspedisi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan pangkat kesemua tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) atas kejayaan mereka melaksanakan cabaran itu baru-baru ini.

Tahniah diucapkan
Beliau turut mengumumkan pemberian insentif wang tunai berjumlah RM120,000 kepada mereka serta tujuh perenang simpanan yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan seorang jurulatih.

Malaysia Boleh
Tujuh perenang itu ialah perenang solo Laskar Kelas Satu PAP (PKL) Estino Taniyu, serta perenang berganti-ganti Laskar Kelas Satu PAP (PKL) Mohd Roslan Mohd Zawawi, Kaptenb Mohd Khairul Faizal Mazli, Sarjan Udara Mohd Salleh Mahmor, Kapten Buranurdin Sali, Koperal (U) Shahrizal Omar dan Trooper Mohd Zulfadhli
Mahamad.

Kejayaan ekspedisi merentasi Selat Inggeris dari Dover di United Kingdom ke Calais Perancis merupakan pengiktirafan kepada negara dan ATM sendiri. Insentif kewangan disumbangkan oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad. 

Rakyat Malaysia berbangga dengan anda



Thursday, 11 October 2012

ISU SCORPENE; SURAM WAJAR DIAMBIL TINDAKAN



Isu pembelian kapal selam Scorpene dilihat terus dimainkan oleh pihak yang berkepentingan utuk menjatuhkan kredibiliti YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan kerajaan Malaysia. Pembohongan demi pembohongan terus dilemparkan oleh SUARAM bagi menagih simpati serta menanam persepsi negatif di kalangan rakyat kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan pembelian aset pertahanan negara.

Tembelang SUARAM pecah berikutan penafian oleh seorang pendakwaraya Perancis dimana tiada sebarang perbicaraan mengenai isu pembelian Scorpene sedang berlangsung di Perancis. Jelas tindakan SUARAM yang menyebarkan fitnah wajar diambil tindakan undang-undang dan diberi tindakan yang tegas oleh Kementerain Dalam Negeri  berikutan dakwaannya yang sengaja menjatuhkan imej negara. 


Perkara ini jelas  menunjukkan perancangan rapi SUARAM adalah berlandaskan motif politik. Rakyat harus membuka mata berikutan pecahnya tembelang SUARAM dan seharusnya mengambil iktibar dari perkara tersebut. Janganlah kita sebagai rakyat bersikap negatif terhadap kepimpinan kerajaan walhal perkara yang digembargemburkan hanyalah fitnah semata. Jadilah Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan terus menjaga nama baik negara yang kita cintai ini.

Wednesday, 10 October 2012

TERUMBU LAYANG-LAYANG, LAMBANG PENGORBANAN WARGA TLDM KEPADA NEGARA


Terumbu Layang-Layang

Malaysia pada 20 September 1979 menyaksikan Kabinet mengarahkan supaya mendirikan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di perairan ini.

Tugu penempatan awal Stesen Lima
Sebuah tugu kemudian dibina di Terumbu Lima pada 21 Jun 1980 menandakan hak kedaulatan Malaysia. Ia disusuli dengan penempatkan anggota Paskal TLDM pada Mei 1983 dalam keadaan yang cukup mencabar. Survivaliti pasukan Paskal ketika itu jelas menunjukkan kesanggupan mereka berkorban demi mengawasi kedaulatan negara.
Penempatan awal anggota Paskal

Selain pulau ini, TLDM turut menduduki Terumbu Ubi (Stesen Uniform), Terumbu Mantanani (Stesen Mike), Terumbu Siput (Stesen Sierra) dan Terumbu Peninjau (Stesen Papa) yang menempatkan terup Paskal. Kesemua stesen ini dikenali sebagai Stesen Luar Pantai di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut 2.
Pembinaan di awal penempatan

Melihat persekitaran pulau ini sudah cukup menjelaskan mengapa ia penting sebagai 'aset' yang perlu dipertahankan. Bukan bertujuan mewujudkan provokasi, sebaliknya penempatan TLDM di sini adalah bagi mengawasi hak dan kedaulatan perairan negara. 
Stesen Lima pada masa kini

Kisah seterusnya, klik di Sini.

Warga TLDM Sedia Berkorban mempertahankan kedaulatan negara

LAWATAN AIRCRAFT CARRIER USS WASHINGTON KE PELABUHAN KLANG


Supercarrier USS Washington

Kehadiran kapal perang amerika syarikat dari Armada Asia Pasifik iaitu USS Washington ke Pelabuhan Klang yang dijadikan agenda politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan dilihat tidak masuk akal dan menggambarkan ketidakcerdikan individu terbabit. Setahu kami bekas warga TLDM sendiri yang biasa menerima kunjungan mereka ke Malaysia, kedatangan mereka sebenarnya memberi banyak manfaat kepada Malaysia. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang akan diraih oleh syarikat tempatan bilamana krew kapal USS Washington seramai 5000 orang keluar ke Kuala Lumpur. Ini termasuk pembelian air dan cukai pelabuhan yang akan dibayar oleh mereka. Semua ini memberi keuntungan kepada rakyat juga. 


Kedatangan kapal-kapal dari armada tentera laut Amerika Syarikat juga ditunggu-tunggu khususnya warga ATM/TLDM sendiri dan rakyat Malaysia juga wajar bersikap sedemikian. Ini kerana peluang untuk melihat dan menaiki sendiri kapal pengangkut pesawat (Aircraft Carrier) merupakan pengalaman yang jarang kita akan nikmati. Tidak semua orang boleh atau pernah menaiki kapal terbabit. 


Seharusnya mereka yang berfikiran negatif  ini menggalakkan orang ramai untuk melihat sendiri kecanggihan dan kemajuan teknologi yang ada pada negara-negara maju dalam aspek ketenteraan berbanding negara kita dimana mungkin satu hari nanti, negara kita juga akan memiliki aset seperti mereka. Janganlah kita menjadi rakyat yang hanya mempunyai sikat yang negatif dan selalu menyalahkan orang lain. Seharusnya kita hendaklah sentiasa mengambil perkara yang baik itu dengan sikap yang positif dan menanamkan sifat berbaik sangka tanpa melemparkan sebarang tohmahan tanpa usul periksa.


Friday, 5 October 2012

TLDM SERTAI PROGRAM PELUPUSAN AL-QURAN DI LAUT



Program pelupusan abu Al-Quran peringkat Negeri Pahang diadakan di Pangkalan TLDM Kuantan dengan dihadiri oleh Pengarah Kementerian Dalam Negeri Cawangan Pahang, Mufti Negeri Pahang, Panglima Wilayah Laut 1 dan pegawai-pegawai dari agensi terlibat yang dianggarkan seramai 140 orang. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah TLDM, APMM, PDRM, JAS Pahang, JAIP, MUIP, Jabatan Laut Wilayah Timur, MPK, Jabatan Penyiaran Pahang dan wakil-wakil media.

Abu Al-Quran yang dianggarkan sejumlah 2 tan dibawa dengan kapal KD Pahang kawasan pelupusan pada jarak 7 batu nautika dari pangkalan untuk proses pelupusan di laut. Program ini dilihat telah mencapai objektifnya iaitu menjaga dan melindungi kesucian kitab suci Al-Quran, memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan pelupusan abu Al-Quran yang mengikut prosedur dan mengukuhkan kerjasama antara agensi-agensi terlibat dalam usaha memartabatkan agama Islam.