PM bersama perenang ekspedisi |
Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan pangkat kesemua tujuh perenang
Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) atas kejayaan
mereka melaksanakan cabaran itu baru-baru ini.
Tahniah diucapkan |
Beliau turut
mengumumkan pemberian insentif wang tunai berjumlah RM120,000 kepada mereka
serta tujuh perenang simpanan yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), dan seorang jurulatih.
Malaysia Boleh |
Tujuh perenang itu
ialah perenang solo Laskar Kelas Satu PAP (PKL) Estino Taniyu, serta perenang
berganti-ganti Laskar Kelas Satu PAP (PKL) Mohd Roslan Mohd Zawawi, Kaptenb
Mohd Khairul Faizal Mazli, Sarjan Udara Mohd Salleh Mahmor, Kapten Buranurdin
Sali, Koperal (U) Shahrizal Omar dan Trooper Mohd Zulfadhli
Mahamad.
Kejayaan ekspedisi merentasi
Selat Inggeris dari Dover di United Kingdom ke Calais Perancis merupakan
pengiktirafan kepada negara dan ATM sendiri. Insentif kewangan disumbangkan
oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad.
Rakyat Malaysia berbangga dengan anda |
No comments:
Post a Comment