Supercarrier USS Washington |
Kehadiran kapal
perang amerika syarikat dari Armada Asia Pasifik iaitu USS Washington ke Pelabuhan Klang yang dijadikan
agenda politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan dilihat tidak masuk akal
dan menggambarkan ketidakcerdikan individu terbabit. Setahu kami bekas warga
TLDM sendiri yang biasa menerima kunjungan mereka ke Malaysia, kedatangan
mereka sebenarnya memberi banyak manfaat kepada Malaysia. Bayangkan berapa
banyak keuntungan yang akan diraih oleh syarikat tempatan bilamana krew kapal
USS Washington seramai 5000 orang keluar ke Kuala Lumpur. Ini termasuk pembelian air dan cukai
pelabuhan yang akan dibayar oleh mereka. Semua ini memberi keuntungan kepada
rakyat juga.
Kedatangan kapal-kapal
dari armada tentera laut Amerika Syarikat juga ditunggu-tunggu khususnya warga ATM/TLDM
sendiri dan rakyat Malaysia juga wajar bersikap sedemikian. Ini kerana peluang
untuk melihat dan menaiki sendiri kapal pengangkut pesawat (Aircraft Carrier)
merupakan pengalaman yang jarang kita akan nikmati. Tidak semua orang boleh
atau pernah menaiki kapal terbabit.
Seharusnya mereka yang berfikiran negatif ini menggalakkan orang ramai untuk melihat
sendiri kecanggihan dan kemajuan teknologi yang ada pada negara-negara maju
dalam aspek ketenteraan berbanding negara kita dimana mungkin satu hari nanti,
negara kita juga akan memiliki aset seperti mereka. Janganlah kita menjadi
rakyat yang hanya mempunyai sikat yang negatif dan selalu menyalahkan orang
lain. Seharusnya kita hendaklah sentiasa mengambil perkara yang baik itu dengan
sikap yang positif dan menanamkan sifat berbaik sangka tanpa melemparkan
sebarang tohmahan tanpa usul periksa.
No comments:
Post a Comment