Followers

Wednesday, 10 October 2012

TERUMBU LAYANG-LAYANG, LAMBANG PENGORBANAN WARGA TLDM KEPADA NEGARA


Terumbu Layang-Layang

Malaysia pada 20 September 1979 menyaksikan Kabinet mengarahkan supaya mendirikan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di perairan ini.

Tugu penempatan awal Stesen Lima
Sebuah tugu kemudian dibina di Terumbu Lima pada 21 Jun 1980 menandakan hak kedaulatan Malaysia. Ia disusuli dengan penempatkan anggota Paskal TLDM pada Mei 1983 dalam keadaan yang cukup mencabar. Survivaliti pasukan Paskal ketika itu jelas menunjukkan kesanggupan mereka berkorban demi mengawasi kedaulatan negara.
Penempatan awal anggota Paskal

Selain pulau ini, TLDM turut menduduki Terumbu Ubi (Stesen Uniform), Terumbu Mantanani (Stesen Mike), Terumbu Siput (Stesen Sierra) dan Terumbu Peninjau (Stesen Papa) yang menempatkan terup Paskal. Kesemua stesen ini dikenali sebagai Stesen Luar Pantai di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut 2.
Pembinaan di awal penempatan

Melihat persekitaran pulau ini sudah cukup menjelaskan mengapa ia penting sebagai 'aset' yang perlu dipertahankan. Bukan bertujuan mewujudkan provokasi, sebaliknya penempatan TLDM di sini adalah bagi mengawasi hak dan kedaulatan perairan negara. 
Stesen Lima pada masa kini

Kisah seterusnya, klik di Sini.

Warga TLDM Sedia Berkorban mempertahankan kedaulatan negara

2 comments:

sea_aim said...

i was serve at terumbu peninjau for 2 years.. miss the moment so much..

Ishak Ujang said...

Pesawat pertama mendarat di landasan station lima ialah Caribou M2109 dari No 8 Skuadron, TUDM Labuan pd 9 Feb 1992. Pilot Mej Husamudin TUDM dan Co pilot Lt Ishak Ujang TUDM.