Followers

Friday 5 October 2012

TLDM SERTAI PROGRAM PELUPUSAN AL-QURAN DI LAUT



Program pelupusan abu Al-Quran peringkat Negeri Pahang diadakan di Pangkalan TLDM Kuantan dengan dihadiri oleh Pengarah Kementerian Dalam Negeri Cawangan Pahang, Mufti Negeri Pahang, Panglima Wilayah Laut 1 dan pegawai-pegawai dari agensi terlibat yang dianggarkan seramai 140 orang. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah TLDM, APMM, PDRM, JAS Pahang, JAIP, MUIP, Jabatan Laut Wilayah Timur, MPK, Jabatan Penyiaran Pahang dan wakil-wakil media.

Abu Al-Quran yang dianggarkan sejumlah 2 tan dibawa dengan kapal KD Pahang kawasan pelupusan pada jarak 7 batu nautika dari pangkalan untuk proses pelupusan di laut. Program ini dilihat telah mencapai objektifnya iaitu menjaga dan melindungi kesucian kitab suci Al-Quran, memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan pelupusan abu Al-Quran yang mengikut prosedur dan mengukuhkan kerjasama antara agensi-agensi terlibat dalam usaha memartabatkan agama Islam.


No comments: