Followers

Monday 14 November 2011

Hakim Joe Pembohong Besar

Khas untuk Hakim Joe

Terdapat satu artikel di dalam Malaysia Today bertajuk KD Transformer 1Malaysia. Saya rasa penulis yang bernama Hakim Joe yang menulis seperti HERO seolah-olah tahu serba serbi mengenai aset-aset pertahanan di Malaysia-Today boleh saya kategorikan sebagai JONAH. Stealth Technology? Saya sarankan Hakim Joe buat kajian terlebih dahulu, semak betul-betul dan jika perlu, rujuk kamus McMillan terlebih dahulu jika mahu bercerita tentang Stealth Technology. Tidak perlu rasanya bercerita mengenai sesuatu yang kita tidak arif.
Entah dari mana beliau dapat idea untuk menipu pembaca dengan dakwaan tidak berasas dan tanpa usul periksa ni pun Navy The Best tak tahu. TLDM Berhasrat Untuk Memperolehi 6 Buah US-Made Hamilton-Classoffshore Patrol Vessel (OPV) Dari Amerika Syarikat???? Handal dia menipu, entah mana punya sumber lah yang dia dapat. Dakwaan kurang cerdik berkenaan ditokok tambah pula dengan dakwaan nilai sebuah OPV ialah RM1Bil. Fuhhh... Pembelian tersebut didakwa dibuat kerana:

It is well known on the maritime scene that any vessels traversing the Straits of Malacca runs a high risk of being hijacked and henceforth the urgent need of such vessels to effectively deal with this sea borne threat. With Its array of ion cannons and stealth capability, the RMN should find no trouble discouraging any would be pirates from ever operating anywhere near Malaysian territorial waters (Singapore is okay).
Petikan asal artikel ‘Hakim Joe’ di Malaysia Today.net

Hakim Joe, seperkara lagi yang saya cuba ketengahkan ialah masalah perlanunan dan jenayah maritim di Selat Melaka adalah amat terpencil dan kini saudara mendakwa sebaliknya. What the...  Mungkin beliau menggunakan statistik International Maritime Bureau (IMB) 10 tahun yang lepas barangkali. Bukan itu sahaja, dakwaan beliau mengenai “Singapore (Strait) is okay” adalah satu kenyataan yang amat mengjengkelkan dan mempamerkan kebodohan beliau dalam membincangkan isu-isu maritim, perlanunan dan aset ketenteraan. Saya syorkan agar Hakim Joe periksa statistik jenayah maritim di Singapore Straits dari tahun 2006. Statistiknya jelas menunjukkan kenaikan jumlah kes jenayah di kawasan perairan tersebut. Ok, saya mudahkan (rujukwww.icc-ccs.org kemudian klik “IMB Piracy Reporting Centre”, kemudian klik “Life Piracy”…)

Kemudian, untuk menjadikan artikel tersebut lebih ‘catchy’, Hakim Joe menokok tambah dengan mendakwa:

The USN has also indicated that these new Hamilton class vessels will be renamed as the Transformer class to befit its billion Ringgit price tag and quite a few top RMN echelon are secretly hoping to name the first of these vessels Optimus Prime. Secret reports leaked from the Ministry of Defense however indicates that the first of these vessels be named KD Transformer 1Malaysia and to be painted bright fluorescent pink to enable instant visibility...

Pihak TLDM akan menamakan OPV berkenaan sebagai Optimus Prime/KD Transformer 1Malaysia? Kapal-kapal berkenaan akan dicat dengan warna pink untuk mudah dilihat? Apa punya tahap kecerdikan agaknya saudara Hakim Joe ni ya?
Dakyah jahat..jangan dok percaya
Untuk makluman pembaca, sehingga kini, belum ada apa-apa cerita mengenai hasrat TLDM untuk membeli sebarang OPV dari Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi akan dengan nama ‘Transformer’. (Dakyah Hakim Joe Nampak sangat songsang dek pengaruh Pembangkang agaknya) atau Hakim Joe sudah benar-benar terdesak dan ketandusan idea menulis. Atas factor itu lahirlah sebuah artikel ‘sensasi’ tetapi hakikatnya KOSONG dan berunsur FITNAH semata-mata. Kewujudan artikel-artikel berkenaan dan ditambah dengan komen-komen emosi dari pembaca hanya akan memburukkan keadaan dan boleh menjejaskan kredibiliti TLDM. Saudara Hakin Joe, penulisan anda adalah SALAH dan ia membuktikan bahawa anda ‘KURANG CERDIK’...

Navy The Best
Sumber: Askar Setia

1 comment:

Anonymous said...

The most simple answer is that who is Hakim Joe, he is nobody, unknowledgeable and corrupt with the opposition Ideology.