Followers

Thursday 17 November 2011

Hari Ni Keputusan UPSR

Pulkan yang ikhlas membantu emosi yang tidak terkawal

Dalam diam tak diam keputusan UPSR 2011akan diumumkan sekejap saja lagi. Pastinya berdebar-debar adik-adik kita yang telah jadi calon UPSR tahun 2011 ini dan yang parah lagi apabila peluh sejuk mula membasahi badan para ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menunggu keputusan UPSR 2011. Ini selalu berlaku, anak-anak tak seberapa, ibubapa yang terlebih aksi (awak pun apa kurangnya).

Punyalah canggih sekarang ni, semakan boleh dibuat melalui system SMS, dial saja 15888 insyaallah keputusan akan diperolehi, tapi kata orang SMS tak best, koyak kertas baru best sebab nak dapatkan feel nya. Apa pun kepada warga TLDM yang mempunyai anak-anak sebagai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tabahlah dengan apa jua keputusan yang keluar. Walau apa pun keputusannya, peluklah anak anda, beri ucapan tahniah kepada mereka, janganlah kita herdik, sindir atau kutuk mereka. Perasaan mereka harus kita jaga agar minda mereka tidak diracuni dengan sifat dendam dan kebencian.

Dapat 5A tidak menjamin ia bakal menjadi insan berguna dan dapat 5C bukanlah satu nokhtah bahawa mereka akan gagal selama-lamanya. 

Navy The Best

1 comment:

Anonymous said...

Banyak tol songel lu Navy The Best. Anak bongsu gua pon ambik gak UPSR, gua dok nampak dia relax je, buat derk je. Yang kita ni menggelatat abis bro. Tapi alhamdulillah dia dapat 4A1B. Dia siap nangis dsn gua pon sebak bro, apa taknya gua laki bini bukanlah golongan bijak, nasib masok navy jadi bijak. Tapi gua syukur kesemua anak gua berjaya dalam hidop. Kat U sorang, mrsm sorang dan yg ni kalau ada rezeki mungkin kesana juga. Walaupun gua orang bawah, tapi rezeki halal gua dlm navylah menjadikan anak-anak gua jadi manusia berguna. Alhamdulillah syukur.