Followers

Wednesday 16 November 2011

MALZEA MANTAPKAN ARMADA TLDM

KD JEBAT
“Training will make you perfect” merupakan ungkapan yang sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk memantapkan aset organisasi masing-masing. TLDM amat memandang serius dalam aspek latihan bertujuan untuk memperlengkapkan warganya dengan pengetahuan yang cukup bagi menghadapi apa jua situasi. MALZEA 6/2011 telah digunakan oleh warga TLDM untuk memperkemaskan pengetahuan mereka menerusi Latihan Bilateral Tahunan Malaysia dan New Zealand yang berlangsung mulai 14 hingga 19 Nov 2011 di Pangkalan TLDM Lumut.

HMNZS TE KAHA


Eksesais Bilateral TLDM, RNZN dan turut melibatkan insupport elemen (TUDM) melibatkan seramai 300 orang peserta. Eksesais MALZEA 6/2011 yang berlangsung selama 6 hari ini tentunya berjaya meningkatkan keupayaan, kerjasama dan persefahaman dalam pelaksanaan operasi bersama di antara TLDM dan RNZN terutamanya dalam aspek taktikal. Menerusinya juga tahap interoperability di antara TLDM dan RNZN akan meningkat sekaligus menyediakan platform interaksi dan pertukaran maklumat secara profesional di antara TLDM dan RNZN dalam semua aspek. Usaha yang berterusan ini diyakini akan mematangan kedua-dua ornasisasi dari aspek pelaksanaan dan pencapaian sesebuah rancangan latihan dapat mengukuhkan lagi profesionalisme kedua-dua buah angkatan laut. BZ untuk warga Armada TLDM dan RNZN.

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

1 comment:

chor said...

aslkm

salam sejahtera.syabas tldm mmg terbaik.tldm kita berjaya dalam setiap latihan bersama tentera laut asing.sy bangga sebagai anak malaysia kerana navy kita menunjukan contoh yg baik dan tauladan di mata dunia.bz ...