Followers

Thursday 3 November 2011

REALITI ASKAR PENCEN DAN POLITIK – Pandangan Bernas Blogger Komando Kedai Kopi

Hitam putih sebuah kehidupan yang perlu kita fahami...

Setelah meneliti catatan yang dibuat oleh blogger KKK, Navy The Best berpendapat ianya adalah satu ulasan yang cukup bernas. Paparan yang dibuat adalah berkisar kepada polemik politik yang berkisar di kalangan askar pencen. Navy The best bersependapat dengan Askar Setia yang mana mesej yang cuba disampaikan oleh blogger KKK perlu dihayati secara berfikiran terbuka.

Antara persoalan yang wujud di dalam tulisan tersebut ialah kenapa ramai askar yang dah pencen tidak menyokong kerajaan? Walaupun tiada kajian khusus berkaitan aspek tersebut, namun menurut blogger KKK hasil pergaulan dan kefahamannya, ianya dirumuskan kepada empat kumpulan. Apa kumpulan tersebut?

1. Golongan Yang Terdiri Dari Mereka Yang Merasa Kehidupan Mereka Lebih Susah Selepas Menamatkan Perkhidmatan. Mereka merasakan perjuangan mereka selama ini sewaktu berada di dalam perkhidmatan tidak dihargai. Mereka menyalahkan kerajaan di atas kekurangan mereka sekarang dan mereka diklasifikasikan sebagai kumpulan yang tidak sedar diri. Kenapa? Sebabnya kesalahan yang terhasil dari kesilapan sendiri tetapi ianya akan diletakkan diatas bahu orang lain.

2. Golongan Yang Terdiri Dari Mereka Yang Mungkin, Rasa Kerajaan Sekarang ‘Terlalu Banyak Dosa’ Dan Mereka Ingin Mendekati Diri Pada Agama Dan Memilih Parti Yang Dikatakan Memperjuangkan Islam Sebagai Jalan Terbaik. Golongan ini mungkin mencari nur keimanan yang sejati dan pada pandangan mereka hanya parti yang menggunakan nama ISLAM sahajalah yang mampu membimbing mereka.

3. Golongan Yang Terdiri Dari Mereka Yang Nak Menjadi Orang Politik. Mereka adalah golongan askar pencen yang gian nak berpolitik, nak menjadi orang politik dan memegang jawatan penting kerana semasa dalam perkhidmatan mereka tak berkesempatan. Oleh yang demikian, platform pembangkang adalah satu-satunya platform yang mudah untuk mereka naik sebagai pemimpin politik. Golongan ini semestinya golongan oportunis dan tidak ubah seperti ayam jantan berkokok berdegar-degar, riuh sekampung namun lupa pada ekornya bergelumang najis.

Dan yang akhir sekali

4. Golongan Yang Terdiri Dari Mereka Yang, Mungkin Tidak Menyokong Kerajaan Kerana Atas Dasar Dan Pandangan Peribadi Yang Berbeza Dan Tidak Menyukai Corak Pemerintahan Kerajaan Sekarang. Golongan ini lebih liberal dan mungkin mempunyai pandang tersendiri dan mereka tidak  menjadi masalah kepada sesiapa pun kerana mereka menggunakan hak mereka untuk menyokong sesiapa yang mereka rasa patut. 
Melihat kepada 4 Golongan tersebut, tentunya golongan Askar Pencen boleh menilai di dalam kelompok manakah mereka berada. Penilaian siapa yang benar, siapa yang salah, siapa yang baik, siapa yang buruk, ianya bukan urusan manusia....hanya Allah sahaja yang berhak menentukannya. Apa yang perlu ialah memanjatkan doa kehadrat Allah Taala agar diberi petunjuk kepada kita. Hasil kajian simple, penulis melihat golongan pertama dan ketiga adalah kumpulan yang paling ramai tidak menyokong kerajaan sekarang berbanding dengan golongan kedua dan keempat. Kenapa??? Sebabnya kalau kerajaan sekarang masih memerintah, maka mereka tidak akan berpeluang untuk mengejar cita-cita mereka. Manakala golongan kedua dan keempat adalah golongan yang berpendirian tegas kerana merasa mereka berhak memilih jalan mereka sendiri bersandarkan kepada kebebasan untuk bersuara .

Tetapi apa yang dikesalkan adalah golongan Askar Pencen dari kelompok Pertama dan Ketiga kerana merekalah yang sering mengapi-apikan askar-askar yang masih berkhidmat supaya menentang pemerintah sekarang bersandarkan kepada alasan bahawa askar mengangkat sumpah untuk taat setia kepada Agung sahaja dan bukan kepada kerajaan. Apa yang jelas ialah kenyataan tersebut tanpa sebarang kajian secara menyeluruh kerana kalau dilihat secara terperinci, askar mengangkat sumpah untuk taat setia kepada Agung, maka mereka juga perlu taat setia kepada pemerintah yang memerintah. Rasionalnya, Agung telah memberi mandat dan kepercayaan [restu] kepada kerajaan yang memerintah untuk memerintah negara, maka adalah menjadi kewajipan bagi askar yang telah mengaku untuk taat setia kepada Agung turut mengiktiraf mandat dan kepercayaan yang Agung berikan kepada kerajaan tersebut. Contoh yang paling hampir ialah Persatuan KOBAT yang langsung tak berdaftar, yang menjanjikan kononnya bekas akan diberi ‘special treatment ‘ oleh seorang tokoh tertentu dalam pakatan pembangkang. Cukup dikesalkan adalah apabila kumpulan ini cuba cuba meraih sokongan dengan anggota yang masih berkhidmat dan juga askar pencen. Mereka lebih kepada “meludah dan memburukkan institusi ketenteraan dan kerajaan”.  

Persoalan yang perlu mereka jawab ialah; tidakkah wujud secubit pun kebaikan yang pernah dibuat oleh institutsi ketenteraan dan kerajaan kepada mereka di sepanjang perkhidmatan mereka dulu? Tidakkah terdetik dihati untuk ucapkan terima kasih kepada ATM kalau dah tak suka kepada kerajaan sekalipun. Kita seharusnya musahabah dengan diri kita sendiri, kerana kalaulah ada layanan yang kita terima tidak memuaskan hati kita sewaktu berkhidmat dulu, ianya bukanlah kesalahan ATM dan kerajaan secara total. IANYA ADALAH DISEBABKAN MASALAH INDIVIDU DAN BUKANNYA SALAH INSTITUSI ATM.

Justeru nasihat yang boleh diberi kepada semua ialah, berfikir secara rasional dan sering ingat akan satu pepatah Melayu “TEMPAH JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KITA PERNAH MENCARI REZEKI”. Patutkah kita menghina dan memburukkanya pula...kalau tak setuju sangat pun ...janganlah meludah secara keterlaluan. Dan pada askar yang masih berkhidmat....berfikirlah secara terbuka....adakah ATM benar-benar tidak prihatin kepada anda sehingga mengabaikan anda semua .  

Navy The Best
Sumber: Blog Komando Kedai Kopi

3 comments:

Usop Sontorian said...

Wak sebenarnya tidak minat sangat dengan cerita-cerita politik ni, tapi biarlah Wak sentuh sikit..masa Wak mula masuk navy, orang tua Wak pesan, kerja rajin2 nanti ketua suka cepat naik pangkat. Jangan melawan, jangan ikut kawan yang tidak baik, duit mesti cermat sebab kita orang susah. Alhamdulilah Wak ikut nasihat itu dan Wak berjaya tempuhi segala urusan kerja Wak dengan baik. Wak dah lali sangat dengan orang yang kuat merungut ni, semuanya tak kena, yang pasti apa yang dia buat semuanya betul. Dalam navy orang macam ini Wak berani cakap mereka lebih bercakap dari kerja.
Satu lagi yang Wak sering lihat, golongan ni kalau bercerita pasal poljtik semuanya dia tahu, baik buruk orang semua dalam saku dia, tapi yang peliknya Wak rasa pelajarannya tak seberapa. Bila kita tanya dia cakap, semua orang tahu Wak..kau sorang saja yang buta hati. Lor..kita jugak yang salah. Jadi nasihat Wak tak payahlah nak dengar cerita orang macam ni, kata orang jawalah omongan kosong.

Anonymous said...

Aku memang sokonglah, memang banyak pon golongan 1 ngan 3, dan paling ramai yang no 3 tu. Dalam askar asyik dok kena suroh je bila dah retire mula nak cari peluang. Itulah masalahnya ilmu tak seberapa, cakap bagai nak rak. Korang tengok ada sorang GI, bila berenti cakap berdekah dekah dlm veteran tldm, pastu dapat Dato, haram apa tak buat apa. Tulah bezanya orang berilmu nagn tidak. Tak ada bezanya dgn presiden pbtm, dua-dua berpenyakit parkinson. Kang aku cakap baghal korang marah plak kang. **angry lady bird**

Anonymous said...

Tuan tuan yang dihirmati,
Sebagai saorang bekas anggota tentera yang telah berkhidmat selama 13 tahun dan sekarang telah dianggap OTAI , saya merasakan itu semua hanya omong kosong sahaja , kerana nak bagi pencen pada kita-kita ini yang hanya berkhidmat sekejap bukannya senang , banyak hal hal dan procedure yang akan dilaluai bagi meluluskan pekara itu. Lebih baik kita jangan mengharap pekara itu akan terlaksana . Bekerja dengan iklas dan rajin lebih baik dari menanti janji janji yang entah bila akan terlaksana.