Followers

Thursday 13 September 2012

INTEGRITI ATM DIRAGUI...............



Dalam mengharungi cabaran global dunia ketenteraan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku pendukung kedaulatan negara,sentiasa memastikan integriti setiap pegawai dan anggota pasukan berada pada tahap tertinggi. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain berkata pelaksanaan prinsip integriti, akauntabiliti, amanah dan ketelusan yang perlu dipraktik oleh setiap warganya telah membantu dalam mengekalkan indeks integriti anggota dan pegawai.

Empat prinsip amalan ATM iaitu Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR), Kod Etika ATM dan Pelan Tindakan Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional ATM telah menjadikan ATM semakin diyakini pelanggan dan pihak yang berkepentingan terutama terhadap keupayaan pasukan dalam melaksanakan amanah negara.

ATM memandang serius sebarang usaha untuk menjatuhkan,integriti pasukan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan ketua-ketua pemerintah. Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) ATM, yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan memastikankualiti sistem penyampaian perkhidmatan berlandaskan pentadbiran berintegriti,urus tadbir terbaik tanpa ada sebarang kerenah. Selain itu ia bertujuan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatanyang mesra pelanggan, berintegriti dan berupaya memenuhi kepuasan hati pelanggandan mewujudkan persekitaran perkhidmatan awam yang berdaya saing selaras dengan kehendak pihak yang memerlukan.

Tiada kompromi diberikan terhadap mereka yang terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota tentera. Ditamatkan perkhidmatan serta merta merupakan satu daripada tindakan tegas yang diambil ke atas mereka yang terlibat, ialah hukuman demi menjaga integriti dan nama baik ATM. Anggota ATM diingatkan supaya sentiasa memenuhi tuntutan integriti sebagai seorang pelindung kedaulatan negara agar gejala negatif itu tidak menjadi wabak yang boleh menjejaskan imej ATM sebagai institusi bermaruah.

NTB juga berbangga pernah menjadi sebahagian dari warga ATM sebelum ini. Segala tunjuk ajar dan prinsip amalan yang diterapkan kepada setiap anggota akan sentiasa digunakan bagi menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia ini. Ikrar taat setia kepada SPB Yang Dipertuan Agong dan kerajaan yang memerintah akan terus terpahat di hati sanubari setiap bekas tentera. Semoga ATM akan terus maju memacu kegemilangan dalam mempertahankan bangsa dan negara yang kita cintai.

3 comments:

Anonymous said...

Akata 72 tak lengkap lagi ke,.

Unknown said...

kenapa harus diragui

Anonymous said...

what a bullshit askar cabuk bolih kenching la kalau jeneral bawa perabut jadi hak sendiri amacam. lancheow la lu