Followers

Tuesday 11 September 2012

PHN TENTUKAN SEMPADAN MARITIM NEGARA


Lencana Kepakaran Hidrografi

Sejarah pengukuran hidrografi di perairan Malaysia bermula sejak kurun ke-18 oleh Tentera Laut Diraja British (TLDB).Pengunduran British dari Tanah Melayu telah memberi ruang kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mewujudkan perkhidmatan hidrografinya sendiri tanpa bantuan daripada TLDB. Pada awal 1965, kumpulan pertama pegawai dan anggota hidrografi TLDM telah dihantar menjalani latihan di Australia.


KD Perantau
Penubuhan Cawangan Hidrografi dalam TLDM direalisasikan pada 1969 dan kapal penyapu periuk api yang telah diubah suai merupakan aset pertama digunakan sebagai alat pengukuran hidrografi. Pada 31 Oktober 1972, TLDM dilantik sebagai agensi yang bertanggungjawab melaksanakan pengukuran hidrografi di Malaysia oleh Kabinet.


Sejak itu, pembangunan dan peranan yang dimainkan oleh Cawangan Hidrografi TLDM terus berkembang selaras dengan penglibatan negara dalam Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) pada 1975. Melalui penglibatan tersebut, secara tidak langsung Ketua Pengarah Hidrografi merupakan wakil rasmi kerajaan Malaysia ke persidangan IHO yang diadakan setiap lima tahun.

Ketinnggian air yang diukur oleh hidrografi

Dari segi aset pengukuran, kapal hidrografi pertama iaitu KD Mutiara telah diperoleh pada 1977 bagi meningkatkan keupayaan pengukuran hidrografi TLDM sekali gus membolehkan penerbitan carta nautika yang pertama dibuat pada 1984. Ia diikuti perolehan kapal hidrografi kedua iaitu KD Perantau pada 1998 yang dilengkapi sistem pengukuran terkini dan tercanggih di rantau Asia Tenggara ketika itu. Dalam pada itu, proses penerbitan Carta Pandu Arah Elektronik (ENC) telah mula diterbitkan pada 2000 dan sehingga kini, 103 sel ENC telah diterbitkan untuk pasaran antarabangsa atau kegunaan domestik.

Carta yang dihasilkan oleh PHN

Penubuhan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) secara dasarnya telah dicadangkan di bawah program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (Perista) sejak 1979. Bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu pembangunan PHN hanya dapat dilaksanakan pada 2002 dan siap sepenuhnya pada 2005. Pembangunan PHN dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melibatkan kawasan paya bakau yang ditebus guna seluas 50 hektar di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.


No comments: