Tolong sebarkan
perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya
kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah
disebabkan agenda tertentu. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar
betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.
1508: Alfonso de Albuqurque menyampaikan
hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (
Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) Dan juga laluan penting
perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan
bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera.
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka
untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
Oct 1511: Alfonso berjaya
menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal
(Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi. Ini adalah
mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5
Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya
terkorban dalam pertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang
bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus
ASA…
1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso
ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu
adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,…
Feb 1512: Alfonso
menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan
bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk
mendapat segala maklumat yang diperlukan.. . Seminggu selepas itu….
Feb 1512: Perisik balik ke
Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah
perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba
disembunyikan dalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: Selamat pagi tuan
(sambil bertabik)
Alfonso: Selamat pagi
Perisik 1: Begini lah Tuan,
lupakan saja niat Tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang.
Alfonso: Kenapa kuat
sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan
Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi,
Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan
pula kita nak menawan Perlis, Kedah Dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu
Hang.
Perisik 3: Betoi tu
Tuan…antaranya..Hang Sihat, Hang Buat Apa, Hang Apa Khabar, Hang Lagu Mana,
Hang Pi Mana, Hang Nak Pi Mana, Hang Kat Mana, Hang Singgah Dulu, Bapak Hang,
Mak Hang, Adik Hang, Tok Hang dan macam macam lagi Hang Ada Kat Sana…..
No comments:
Post a Comment