Misi Kemanusiaan Etnik Rohingnya |
TLDM secara langsung telah
terlibat dengan misi kemanusiaan etnik Rohingnya di Myanmar. Sebanyak 480 tan
berupa pakaian, makanan , minuman, ubat-ubatan selimut, Al-Quran dan
kain kapan telah berjaya disediakan untuk etnik Rohingya yang sedang menghadapi
pergolakan etnik. KD Sri Inderasakti telah ditugaskan untuk membawa semua
keperluan tersebut.
Barangan keperluan tersebut merupakan hasil sumbangan ikhlas dari jutaan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa. Di samping itu juga, jabatan-jabatan kerajaan serta syarikat swasta turut memberi sumbangan barangan keperluan tersebut. Pengumpulan barangan ini telah dikoordinasikan oleh Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) yang diketuai oleh YBhg Dato’ Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Presiden KP1M untuk dihantar kepada etnik Rohingya.
NTB mengucapkan Fair Wind and
Following Sea kepada krew kapal KD Sri Inderasakti dalam pelayaran tersebut.
Semoga pelayaran saudara sampai ke destinasi dengan selamat serta selamat
pulang.
Bon Voyage |
1 comment:
wahai saudara parajurit2 dan sukaralawan2 yg bertugas , sentiasa beringat kalau lah bangsa ku sendiri di perlaku begitu,.apa perasaan ..
Post a Comment