Liaoning |
Kapal pengangkut
pesawat pertama milik China berpangkalan di Dalian, timur laut China. Ia
digunakan selepas China memperbesarkan lagi armada tentera lautnya ketika
ketegangan maritim di Laut China Selatan terus meningkat.
Media
negara berkenaan melaporkan, upacara pentauliahan kapal induk sepanjang 300
meter itu dihadiri oleh Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao. Kapal
induk itu dibeli dari Ukraine dan dinamakan semula sebagai Liaoning sempena
nama wilayah timur laut China yang menempatkan bandar pangkalan tentera laut
utama di negara itu, Dalian.
Ships Specification |
Sebelum
dijadikan kapal pengangkut pesawat, Liaoning merupakan kapal separa siap milik
tentera laut bekas Kesatuan Soviet. Kapal tersebut ditunda dari Ukraine tanpa
enjin, persenjataan dan sistem navigasi pada tahun 1998. Kapal itu dibeli
daripada pemerintah Ukraine pada harga sekitar AS$20 juta (RM61.4 juta). Kerja pengubahsuaian
mengambil masa selama beberapa tahun.
Liaoning memiliki kapasiti untuk membawa sekitar 26 buah pesawat dan 24 buah helikopter. Dalam perkembangan berkaitan, Beijing masih belum mendedahkan peranan sebenar kapal induk tersebut selain membantu melindungi perairan China. Kapal induk itu juga didakwa memainkan peranan penting dalam meningkatkan pertahanan negara dan keupayaan ketenteraan tentera laut China.
No comments:
Post a Comment