VECONAC adalah
Gabungan Veteran di Asia Tenggara yang ditubuhkan pada 19 Disember 1980 di
Jakarta berdasarkan Manifesto Veteran Gabungan negara-negara ASEAN. Dokumen itu
telah ditandatangani oleh Ketua Delegasi dari Indonesia, Malaysia, Filipina,
Thailand dan Singapura.
Matlamat Pertubuhan
adalah untuk menggalakkan kerjasama di kalangan organisasi Veteran di negara-negara
ASEAN bagi meningkatkan lagi kemakmuran ahlinya dalam bidang sosio ekonomi
serta status.
Menjadi
tanggungjawab Veconac untuk memperjuangkan nasib bekas tentera supaya mereka
terus terbela serta diberikan perhatian oleh pihak berwajib dalam kalangan
negara anggota. Katanya, antara topik yang mendapat perhatian pertubuhan
tersebut adalah berkaitan kesihatan, kesejahteraan dan sosio ekonomi bekas
tentera serta veteran perang di negara-negara anggota.
Veconac
juga berperanan memastikan kesinambungan kepentingan bersama bekas atau veteran
tentera serta mangsa perang di negara anggota diteruskan berpandu kepada
norma-norma keharmonian seperti dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
1 comment:
Veconac tidak ada kuasa apa2 ,..nak tolong bekas2 tentera macam mana , perlu cari kuasa dulu...yg jelas buat perjumpaan sosial ,..belanja besar ,ada vvip nya yg perlu di layan 5 bintang..
Post a Comment