PTL besama Pesara TLDM |
Rumah Terbuka Aidilfitri TLDM
telah dilaksanakan di KD SRI GOMBAK pada 1 Sep 12. Suasana majlis amat meriah
dengan kehadiran para tetamu yang terdiri dari the
Navy People bersama ahli keluarga
masing-masing serta mantan-mantan pucuk pimpinan tertinggi TLDM dan
pesara-pesara dari jauh dan dekat juga
rakan-rakan media yang turut membuat liputan sepanjang majlis berlangsung.
Sambutan ini disifatkan paling istimewa dan lebih meriah berbanding tahun
sebelumnya apabila kehadiran para tetamu dianggarkan lebih dari 10,000 orang.
Sebanyak 8 buah bas telah tiba
dengan membawa tetamu dari negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan
Pulau Pinang, terdiri daripada pesara-pesara TLDM. Selaku tuan rumah, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan
Sri Abdul Aziz Hj Jaafar dan isteri, YBhg Puan Sri Sarah Ab Ghafar kelihatan
begitu ceria melayani tetamu yang hadir bertali-arus. Beliau turut
bermurah hati memberi duit raya kepada kanak-kanak. Istimewanya,
kemunculan pelawak ‘Lan Pet Pet’ yang bertindak sebagai pengacara majlis telah
menambahkan kemeriahan dan menggamatkan lagi suasana sambutan.
Simboliknya,
rumah terbuka seumpama ini menjadi medan pertemuan yang paling sesuai untuk
memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim selain sebagai jambatan
mengeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan ke arah hubungan
yang lebih kukuh dan dinamik. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan
oleh pucuk pimpinan tertinggi TLDM agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud
dalam kesejahteraan dan harmoni. Tanpa konsep rumah terbuka yang dilaksanakan
pada setiap tahun ini, hubungan silaturahim dan perpaduan akan pudar sedikit
demi sedikit dan seterusnya akan hilang di pandangan generasi akan datang.
Berama pesara |
Apa yang jelas, penganjuran
rumah terbuka hari ini benar-benar meninggalkan impak yang penuh dramatik di
kalangan tetamu yang hadir lebih-lebih lagi apabila dapat bertemu semula dengan
rakan-rakan yang telah lama terpisah. Pertemuan manis ini dapat mengimbau
kembali kenangan-kenangan semasa berkhidmat satu ketika dulu. Realitinya,
majlis hari ini menyimpul momen amat bermakna untuk dikenang oleh para tetamu
yang hadir dan ia sangat dirasai sehingga ke akhir majlis.
PAT turut hadir |
No comments:
Post a Comment