Followers

Friday 1 March 2013

PRESIDEN FILIPINA MEMBERI AMARAN KEPADA SULTAN KIRAM



Malacanang Palace, Presiden Filipina menolak permintaan Sultan Jamalul Kiram III menuntut kerajaan Filipina menyelesaikan tuntutan ke atas Sabah sebelum pengikut-pengikutnya meninggalkan Kg Tandauo. Presiden Filipina menggesa mereka pulang semula ke Filipina sebelum sebarang aktiviti pertempuran berlaku dengan agensi keselamatan Malaysia.

The Manila Standard memetik kenyataan rasmi Istana sebagai berkata kebimbangan utama kerajaan sekarang ialah kebajikan 800,000 warga Filipina di Malaysia yang mungkin terancam kerana pencerobohan bersenjata kira-kira 100 pengikut Kiram, yang diketuai oleh Agbimuddin dan saudaranya.

Ketua Polis Negara Filipina mengugut untuk menangkap mana-mana mereka yang kembali ke Filipina dengan senjata api haram. Jika Kiram mengizinkan penggunaan senjata api tanpa izin kepada pengikut-pengikutnya, dia juga akan bertanggungjawab di bawah undang-undang. Interior Secretary Filipina, Manuel Roxas II turut menggesa pengikut Kiram di Lahad Datu untuk mengelakkan keganasan dan menyerah diri supaya tidak merosakkan hubungan negara dengan Malaysia.

Risalah-risalah dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri turut disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu. Pasukan keselamatan tidak teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam. Sebarang tindakan oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil.

Pasukan Keselamatan Bersedia Untuk Menggempur Pada Bila-Bila Masa Sahaja

1 comment:

Anonymous said...

Demi kedaulatan negara...lakukan yg trbaik..moga anggota kslamatan kta d lindungi Allah SWT...AMIN.