Followers

Thursday 28 February 2013

TUN MAHATHIR, PTL LUANG MASA LAWAT KAPAL LATIHAN PERTAMA TLDM



Mantan Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar meluangkan masa melawat kapal latihan pertama TLDM, GAGAH SAMUDERA di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd Sijangkang pada 27 Feb 13

Lawatan singkat itu bagi meninjau perkembangan kapal setelah ia dilancarkan secara rasmi pada 14 Disember tahun lalu oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.  Taklimat ringkas telah diberikan oleh Panglima Tentera Laut sepanjang tinjauan tersebut. Turut sama, Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, YBhg Dato’ Zulkifli Shariff dan Asisten Ketua Staf RANOP Markas Tentera Laut, YBhg Laksamana Muda Dato’ Abdul Ghani Othman. YABhg Tun Dr Mahathir mengambil peluang itu bersempena Upacara Pelancaran dan Penamaan Kapal Latihan Kedua TLDM, TEGUH SAMUDERA yang disempurnakan oleh YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan Perdana Menteri ke-4 itu.

TEGUH SAMUDERA menjadi kebanggaan apabila berjaya dibina menggunakan kepakaran dan kemahiran anak-anak tempatan sepenuhnya dengan sedikit seliaan dari pihak luar. Kehadirannya ke dalam inventori TLDM bakal melengkapkan dua buah kapal baru ’Kelas Samudera’ sekaligus  menambah platform latihan yang amat diperlukan oleh TLDM. Sementara itu, Panglima Tentera Laut sempat menyatakan hasrat agar pihak kerajaan mengambil kira cadangan perolehan tambahan dua buah lagi kapal daripada limbungan NGV Tech dalam Rancangan Malaysia ke-11. Menurut beliau, ia adalah selari dengan cadangan TLDM untuk memperolehi empat buah kapal latihan bagi melengkapkan platform latihan untuk warga TLDM.

Sumber: Portal TLDM 


1 comment:

hadyuka said...

kalau lahad datu sabah boleh tembus guna bot enjin sangkut baik xpayh la beli kapal mahal2 buat rugi duit rakyat sj. pertahanan negara sekarang sewenang2nya d perlekehkan olh sbuah negara kecil spt salah sebuah pulau di Filipina.. tidak memalukan kah?? boleh bolos???