Followers

Friday 3 May 2013

ALKISAH JENERAL MAT HASHIM aka JACK PALLANCE



Mat Hashim telah disiasat oleh Provos Marshall. Ini bermakna kes beliau perlu dibicarakan dalam mahkamah tentera kerana ianya menyalahi undang-undang ketenteraan. Provos Marshall merupakan pegawai di dalam pasukan keselamatan yang bertanggungjawab terhadap polis tentera. Manakala Kor Polis Tentera Diraja pula merupakan sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang-undang Angkatan Tentera Malaysia. Mereka bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman terhadap pesalah tentera.

Bekas Jeneral Hashim ini telah di siasat atas skandal penyelewangan pembelian peralatan ketenteraan untuk kegunaan Kontigen Tentera Malaysia di Bosnia. Oleh itu, Kementerian Pertahanan telah melantik Provos Marshal Tentera Darat, Kolonel Kadir Bin Babudin untuk menyiasat perkara tersebut. Namun ketika siasatan sedang berlangsung, Mat Hashim telah menukar Pegawai Polis Tentera tersebut SERTA MERTA bagi mengelakkan kes tersebut terbongkar.

Kolonel Kadir telah dinafikan haknya untuk meningkatkan lagi kerjaya ketenteraan dengan menyekat kenaikan pangkat beliau . Demi membongkar kebenaran maka beliau sudah bercadang untuk muncul berceramah di Johor Baru bagi mendedahkan penyelewangan yang dibuat oleh Mat Hashim yang memang terkenal dengan sikap panas barannya itu.

Sikapnya yang tidak pernah amanah dalam menjalankan tugas disamping terlalu bercita-cita tinggi telah menyebabkan beliau terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh Anwar Bin Ibrahim. Maka beliau telah menghentam kerajaan BN dengan lantang do mana sahaja ceramah yang beliau hadiri. Sebagai upah atas kerja memfitnah beliau maka Anwar Bin ibrahim telah meletakkan nama beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Johor Baru.

Bagi manusia yang gila “glamour” dan pangkat seperti Mat Hashim, beliau telah dengan sombong dan bongkak telah menfinah Kerajaan sepanjang siri ceramah beliau. Fitnah dan cerita rekaan yang beliau hamburkan, akhirnya memakan diri bila cerita skandal beliau yang gila kuasa dan skaldal pembelian peralatan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia ke Bosnia di dedahkan.

Pepatah menyebut bahawa bila kita menuding satu jari pada orang lain maka tiga jari lagi akan menuding pada kita. Sikap pakatan yang menabur fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional akhirnya memakan diri mereka sendiri. Satu persatu kejahatan mereka terbongkar dengan sendirinya oleh ahli-ahli dan orang yang terdekat dengan mereka.

No comments: