Dunia sedang
menghadapi alaf baru. Banyak perubahan sedang berlaku dan memberi kesan kepada
cara hidup, sosioekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan moral masyarakat yang
terlibat dengan perubahan ini. Malaysia sebuah negara yang konservatif dengan
budaya timur tidak terlepas daripada ancaman ini. Persatuan Belia adalah
alternatif atau jalan mudah bagi memperkasakan belia dalam meningkatkan
semangat patriotisme terhadap negara.
Keruntuhan nilai
sosial dikalangan belia mula menular pada awal 1960an namun tahap peningkatan
gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin meruncing hingga ke hari ini.
Keadaan ini amat membimbangkan kerana golongan belia adalah aset penting bagi
masa depan negara.
Pertubuhan belia di
negara ini, bermula sejak tertubuhnya Pertubuhan Pengakap pada 1903. Sejak itu
pelbagai pertubuhan belia telah tumbuh dan menjadi amat popular sebagai wadah
menghimpunkan golongan belia dalam merencanakan pelbagai aktiviti untuk faedah
masyarakat. Pada tahun 2000 terdapat 5,500 pertubuhan belia di seluruh Negara
dan bilangan ini meningkat ke 8,000 pada tahun 2005. Keahlian juga telah
meningkat kepada 2.8 juta pada tempoh yang sama.
Persoalan
timbul, dimana perginya baki belia seramai 9 juta yang tidak menyertai pertubuhan
belia? Anggapan timbul menyatakan kumpulan
inilah yang sering dikaitkan dengan gejala sosial akibat kurangnya pendedahan
dan penglibatan dalam kegiatan-kegiatan sihat yang dapat mengelakkan mereka
daripada terjerumus dengan gejala sosial, umpamanya penagihan dadah, lumba
haram (Mat Rempit & Minah Rempit), gangsterism, perjudian, penagihan arak, pergaulan
bebas, pelacuran dan lain-lain.
Pertubuhan belia
mempunyai segala potensi untuk berperanan sebagai agen perubahan dalam
membanteras gejala sosial. Potensi ini akan menjadi kenyataan apabila belia
berkeupayaan menjana potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh
pihak kerajaan mahupun pihak-pihak lain yang terbabit. Pengiktirafan oleh semua
pihak perlu dalam meletakkan pertubuhan belia samaada diperingkat kebangsaan,
negeri dan daerah sebagai ‘one stop center’ bagi penganjuran aktiviti yang
melibatkan belia dan masyarakat.
Dalam menguruskan
era bordeless world yang bercirikan
pengaliran maklumat dan dagangan secara bebas sedikit sebanyak telah menyebabkan belia terdedah kepada gejala
negatif yang bersifat global. Sehubungan itu, antara peranan yang boleh
dijalankan ialah :
a)
Menambah Keahlian Belia Dalam Pertubuhan
b)
Merekayasa Dan Memperkasa Aktiviti
c)
Rakan Bijak Dalam Membanteras Gejala Sosial
d)
Memasyarakatkan Pertubuhan Belia
e)
Memperkasakan Pertubuhan Belia
Festival
Belia Putrajaya (FBP) yang berlangsung di Putrajaya boleh saja disifatkan tugas
besar pertama YB Khairy
Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu yang dilantik oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menyifatkan FBP sebagai platform untuk
menyerlahkan peranan golongan belia dalam arus pembangunan negara, Khairy
percaya orang muda akan menyokong setiap usaha kerajaan jika mereka diberi
ruang untuk berbuat demikian.
YB KJ yang juga
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu menangkis persepsi segelintir pihak bahawa
FBP hanyalah sebuah pesta tanpa pengisian yang dapat dimanfaatkan golongan
muda. Sebenarnya festival ini adalah seimbang, bunyi saja macam pesta tetapi
bila kita lihat secara terperinci kita akan nampak sentuhan lebih menyeluruh
merangkumi pelbagai kandungan aktiviti termasuklah unsur kesukanan, pembangunan
kerohanian, dan juga hiburan. Semoga pengisian seperti ini dapat menjadikan
golongan muda sebagai pemangkin kepada pembaharuan dan pembangunan rohani dan
jasmani golongan muda yang akan memacu negara pada masa hadapan.
Setelah
terlepas peluang memasuki kabinet sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan yang
baru Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan hasratnya untuk menjadi menteri
untuk rakyat Malaysia dan bukan "menteri BN" semata-mata. Justeru,
katanya, beliau akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap
Pemuda pembangkang dalam agenda kementeriannya
untuk menyahut seruan national reconciliation (kerukunan nasional) perdana
menteri.
Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju
pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan
bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan
dialog. "Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis
surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan
saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi
national reconciliation. "Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia,
bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya.
No comments:
Post a Comment