Seorang (kononnya) anggota tentera telah menulis satu
surat terbuka ditujukan kepada Anwar "bakal" PM Malaysia
(kononnya!) ...
Jika benar surat terbuka ini benar-benar dikarang oleh
seorang tentera Malaysia, maka kesimpulannya bagi aku, ini adalah contoh
seorang manusia yang tak reti erti bersyukur kepada Allah dan berterima kasih
kepada manusia/ketua (dalam hal ini DS Najib) ... Seorang insan yang tidak
selayaknya menjawat jawatan kerajaan , tidak layak untuk menjadi tentera dan
seorang yang mungkin bodoh.
Setiap tentera sepatutnya berterima kasih di atas segala
penambahbaikan dalam sektor ketenteraan khasnya kepada seluruh anggota tentera
dari segi gaji, elaun serta kebajikan satu keluarga.
Tak cukup lagikah apa yang kerajaan buat selama ini,
penambahbaikan itu ini, dan meningkatkan taraf kehidupan setiap anggota tentera
- YANG PASTINYA tidak dirasai oleh penjawat awam yang lain serta kakitangan
sektor swasta (amat jauh sekali!)
JENIS TIDAK BERSYUKUR
DENGAN APA YANG ADA.
Dan bodohnya adalah ; harapan penulis surat di perenggan
akhir surat, dengan mengharapkan Anwar mendapat mandat besar iaitu 3/2 ... kah kah kah !!! ...
Aku rasa seorang ini saja tentera yang mengundi PR. Semua yang lain, insyaAllah telah mengundi BN.... Aminnnn !!!
Aku rasa seorang ini saja tentera yang mengundi PR. Semua yang lain, insyaAllah telah mengundi BN.... Aminnnn !!!
2 comments:
pemilik surat tersebut seharusnya berfikir sebelum menulis ..tak cukup lagikah kenaikan gaji dan keistimewaan yg diberikan oleh kerajaan kepada ATM...rekrut dulu2 gaji RM150...perajurit muda sekarang gaji RM1000 keatas....Kerajaan Menyanjungi Perwira biarpun ada setengah pihak Memperlekeh Perwira...Hutang Koperasi pun tak mampu nak bayar..mcmana nak pinjam dengan Bank...(Bank Rakyat tu bukan Bank ke..rasanya dah lama dah anggota ATM membuat pinjaman peribadi disitu )Berbelanja mengikut kemampuan bukan mengikut Nafsu....kalu gaji RM1500 janganlah pula berbelanja spt gaji RM3000 smpai pencen kita akan berhutang...Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)....Jangan Nanti Menang Jadi Arang...Kalah Jadi Abu....
Cuba cakap...Bank mana yang bagi kadar faedah pinjaman 3.9%. Ada ker? Pihak atasan ATM sekat LLP buat pinjaman peribadi kat bank sebab ramai LLP ada masalah kewangan. Sehinggakan ada yang gaji bulanan tinggal RM200.00 saja. Satu lagi kalau hangpa pangkah PR dan PR menang, hangpa pikir PR boleh selesaikan masalah kadar faedah dan masalah pinjaman peribadi? Ada akal ker?
Post a Comment