Prototaip dron tempur terbaru China kini sudah bersedia
untuk penerbangan ujian pertama menurut laporan yang diterbitkan oleh Duowei
News. Prototaip yang dinamakan ‘Lijian (“pedang tajam”) ini adalah hasil
usahasama diantara Hongdu Aviation Industry Group dan Shenyang Aviation
Corporation. Dron ‘stealth’ ini adalah yang yang pertama bagi China dan yang
ketiga di dunia selepas X-47 yang direka oleh Northrop Grumman di Amerika
Syarikat dan Perancis Dassault Neuron. Program Lijian ini telah dilancarkan
pada tahun 2009.
Bentuk dan saiz menyerupai Prototaip X-47B yang dihasilkan oleh Northrop Grumman |
Menurut laporan China Aviation, Lijian kini bersedia
untuk ujian penerbangan. Dron ini akan digunakan oleh Tentera Udara China dan
unit udara Tentera Laut China untuk misi pertempuran, dan juga untuk tujuan
pengesanan dan peninjauan. Dengan terhasilnya prototaip ini bermakna China
telah mendahului beberapa negara lain dalam aspek pembangunan pesawat stealth,
termasuk Britain, Rusia, India, Sweden, Itali, Iran dan Israel, yang juga
menjalankan program yang serupa.
Adakah jurutera China telah berjaya mengatasi masalah rekabentuk pesawat ini? |
No comments:
Post a Comment