Kalau dahulunya PAS pernah dikenali sebagai parti alim
ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur
Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan
UMNO. Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti
sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan
semakin menjauhi PAS, di masa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.
Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup
menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan
rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend
tersebut.
Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok
sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan
dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.
Jika dahulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan
pemimpin PAS dalam sesuatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih
sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program
politik yang berselindung di sebalik majlis 'solat hajat perdana'. Tambahan
pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang
dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian
liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.
Pandangan membina dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya,
sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin
DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan
mengejar kuasa duniawi. Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar
belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia
mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang
meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja. PAS
lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan
teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan
DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.
Ketika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu
demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara
ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama
supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan. Bagi PAS, para ulama
dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya
kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dahulu meliuk-liuk tubuhnya
bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi
muda mudi. Kepada ahli, pengikut dan penyokong PAS......dengan kebijaksanaan
yang ada; anda sudah boleh menilai pendirian dan perjuangan PAS masakini.
Mengundilah secara bijak demi kemakmuran negara dan kesejahteraan
rakyat.......Selamat Mengundi.
No comments:
Post a Comment