Tanpa disedari dan tidak pernah terlintas difikiran kita sebenarnya ada pihak yang mengumpulkan maklumat
perisikan menggunakan peralatan elektronik yang kita miliki terutamanya
gajet-gajet canggih dan moden sekarang. Perkembangan tersebut dikatakan telah
lama berlaku namun hanya diketahui sejak kebelakangan ini sahaja. Perkara ini
dibuktikan dengan kenyataan dari CIA sendiri seperti berikut: Pengarah Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) mendedahkan
mereka akan menggunakan cara baru untuk ‘mengawasi’ masyarakat.
Perisik tidak lagi perlu meletakkan peranti pepijat di rumah
secara rahsia kerana alat elektronik pada masa ini kebanyakannya dikawal
perisian penggunaan (applications). “Secara tidak langsung,
setiap isi rumah sebenarnya telah memasang peranti pepijat secara automatik di
rumah mereka. Semua peralatan elektronik kini boleh dikawal dengan sejenis
cip,” jelas David Petraeus. Menurutnya lagi, mikrocip itu membolehkan alat
elektronik ‘dibaca’ seperti buku, sekali gus, kaedah baru tersebut kononnya
akan dapat mengubah seni mengintip yang telah diguna pakai sebelum ini.
Penggunaan kaedah kawalan terhadap alat teknologi itu
didakwa lebih murah kerana dipantau menggunakan frekuensi radio dan rangkaian
sensor. Secara tidak sedar sebenarnya pihak musuh Islam telah lama mengumpulkan
data-data umat Islam seluruh dunia terutamanya yang menentang dan memusuhi
pihak barat. Perkara tersebut dijadikan sumber untuk membuat keputusan
selanjutnya samada untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan ataupun untuk memantau
negara-negara yang berisiko untuk menentang mereka pada masa akan datang. Sedarlah
wahai umat Islam sesungguhnya pihak kafir akan terus mencari jalan untuk
menghapuskan kita cuma masa dan ketikanya sahaja yang tidak diketahui.
No comments:
Post a Comment