TLDM mengadakan
latihan bersama Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu Passage Exercise (PASSEX)
bersempena dengan kunjungan tiga buah kapal perang Amerika Syarikat ke
Pelabuhan Klang baru-baru ini. Latihan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan
dan juga meningkatkan persefahaman di antara tentera laut kedua-dua negara.
Kapal yang terlibat
adalah iaitu KD JEBAT dan KD LEKIU manakala Tentera Laut Amerika Syarikat telah
mengaturgerakkan Aircraft Carrier, USS GEORGE WASHINGTON, Destroyer, USS
MCCAMPBELL dan Frigate USS VANDERGRIFT.
Latihan
dilaksanakan 20 batu nautika barat daya Pulau Pangkor. Pelbagai jenis latihan
telah dilaksanakan di antaranya latihan manuvra dan komunikasi yang terdiri
daripada kibaran bendera serta pancaran lampu bagi mengoptimumkan peluang yang
diperolehi ini. Latihan manuvra bersama kapal pengangkut pesawat USS GEORGE
WASHINGTON dan aksi akrobatik yang dipamerkan oleh pesawat Super Lynx serta Sea
Hawk yang dimiliki oleh Tentera Laut Amerika Syarikat ternyata pengalaman yang
mengujakan bagi kesemua warga kapal yang terlibat.
Eksesais pada kali
ini telah berjaya mencapai objektifnya dan membuktikan kemampuan aset TLDM
dalam beroperasi bersama aset-aset dari negara maju. Ini membuktikan, bahawa
visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia adalah tidak mustahil untuk
dikecapi berdasarkan kemampuan dan kebolehan sedia ada sekarang. Bravo Zulu!!
1 comment:
Salam..mohon share di blog saya...
Post a Comment