Pesara
TLDM dimohon untuk mendaftarkan diri
dengan persatuan Bekas Pegawai TLDM atau Persatuan Bekas TLDM di negeri
masing-masing bagi memastikan kehidupan mereka terus terbela meskipun selepas
bersara. Persatuan terbabit akan menjaga kebajikan anggotanya dengan
menyalurkan maklumat terkini pasukan selain merapatkan hubungan antara pesara
dan warga TLDM melalui aktiviti anjuranya.
Pesara TLDM yang diraikan |
Panglima
Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyeru agar pesara TLDM terus
mengemukakan cadangan, komen dan idea bernas bagi penambahbaikan pasukan. Ini
kerana di sebalik kecanggihan sistem dan peralatan yang diperolehi TLDM sejak
78 tahun kegemilangannya, aset utama yang menjadi penentu kejayaan ialah sumber
manusia. Beliau
berucap semasa Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai bekas anggota dan pegawai
TLDM yang telah meninggalkan perkhidmatan.
Kejayaan
TLDM tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa hasil kerja dan komitmen yang
diusahakan secara kolektif oleh warga TLDM. Pengalaman pesara TLDM dapat
dikongsikan dan melalui pendekatan yang relevan serta boleh diguna pakai bagi
membantu melonjakkan TLDM ke tahap yang lebih baik.
2 comments:
Memang benar semasa kita dalam perkhidmatan segala pengalaman kita curahkan hanya untuk negara dan TLDM tapi malangnya bila dah bersara hanya segelintir saja Pegawai kanan dan pegawai Turus yang tau menilai erti pengorbanan tu. Yang pegawai muda langsung tak tau hendak menilai malah tidak mahu mempelajari pengalaman yang pernah kita lalui tetapi angkoh dengan pencapaian Ijazah dan sebagainya. Saya amat sedih bila saya dikatakan Navy bodoh dan haram jadah oleh pegawai muda yang baru dalam lingkungan 4 ke 5 tahun dalam perkhidmatan dah sibok nak pakai Lt Kdr tapi ilmu jauh panggang dari api.
Mereka ini hanya tahu theory sahaja, tidak pada practical atau keadaan yang sebenarnya sebab bercakap atau mengarah memang mudah dari melakukannya.Sikap angkoh pada Ijazah itulah yang tidak mahu merima pendapat atau tegoran orang bawahan.Tetapi tidak semuanya, ada juga yang boleh dibawa berbincang untuk sesuatu keputusan terbaik.
Post a Comment