Followers

Monday 25 March 2013

AKTA RAHSIA RASMI 1972 (OSA)



Apabila berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, Op Daulat mula dilancarkan dan ia melibatkan operasi Joint Strike (operasi bersama) pihak Polis (PDRM) dan Angatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan agensi keselamatan lain,menggerakkan pelbagai aset tempur dan sokongan dari darat, udara mahupun laut. Ia merupakan peperangan gerila yang pertama sejak beberapa dekat setelah jatuhnya komunis dan konfrontasi. Ini bermakna, ia juga "pengalaman pertama" bagi generasi baru rakyat Malaysia yang sekian lama hidup aman dan tenteram biarpun kes Lahad Datu tidak bergitu teruk dirasakan kerana rakyat masih menjalankan kegiatan harian seperti biasa kecuali kawasan zon merah di Sabah.

Rakyat Malaysia secara amnya kurang didedahkan dengan OSA ini dan ia akan menyebabkan orang awam secara tidak sengaja menyebarkan maklumat-maklumat tertentu yang boleh dijadikan maklumat risikan bagi pihak musuh negara. Ditambah dengan kemampuan internet dan laman sosial, segalanya begitu mudah tersebar dan ia bakal merosakkan rancangan aturgerak ATM. Namun, kadang-kadang ketaksuban sensitiviti OSA ini kadang kala tidak bertempat.


KAWALAN RAHSIA KERAJAAN

Kesempatan ini admin ingin menjelaskan beberapa jenis rahsia negara supaya rakyat Malaysia faham dan sedar apa yang tergolong dalam rahsia atau tidak. Terdapat 2 pembahagian perkara yang tertakluk pada OSA ini iaitu Maklumat Rasmi dan Rahsia Rasmi.

Maklumat Rasmi ialah pengetahuan mengenai perkara rasmi, seperti jenis atau kandungan apa-apa dokumen rasmi, jenis kegunaan dan komposisi bahan-bahan rahsia, kaedah-kaedah, cara menghasilkan serta teknik-teknik dan proses yang akan digunakan untuk pengeluaran, proses saintifik terutama berkenaan dengan pembuatan senjata dan kelengkapan, dan butir-butir kegiatan rasmi yang diperolehi secara lisan.

Rahsia Rasmi pula ialah apa-apa suratan yang dinyatakan di dalam jadual dan apa-apa maklumat dan bahan-bahan berhubung dengannya dan termasuk apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan-bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT dan TERHAD mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri atau mana-mana Pegawai Awam yang dilantik.


RAHSIA RASMI

a boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat tahap keselamatan iaitu :

1. Rahsia Besar. Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. Antara contohnya ialah, kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan perkara-perkara politik dan ekonomi, maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan penempatan barisan peperangan angkatan tentera jika berlaku perang, surat-menyurat dengan Kerajaan negara asing mengenai aspek perdagangan dan pertahanan yang amat penting, maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhan perisikan Malaysia dan kaedah-kaedahnya.


2. Rahsia. Merupakan dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan atau martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Sebagai contoh, arahan-arahan penting untuk perwakilan-perwakilan Malaysia yang membuat perundingan dalam negara asing, maklumat-maklumat penting mengenai pemasangan- pemasangan tentera, maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan-pertubuhan subversif dan kegiatan-kegiatannya, dan surat-menyurat antara Jabatan mengenai perkara- perkara dasar yang penting.

3. Sulit. Ialah dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan kuasa asing.
Salah satu contoh ialah laporan-laporan perisikan biasa, dokumen-dokumen dan panduan-panduan teknik untuk kegunaan latihan tentera atau polis, maklumat-maklumat yang mungkin membolehkan pendapatan faedah kewangan daripadanya jika didedahkan sebelum masa.

4. Terhad. Merupakan dokumen rasmi, maklumat rasmi selain daripada yang diperingkatkan RAHSIA BESAR, RAHSIA atau SULIT tetapi perlu diberi tahap perlindungan. Sebagai contoh ialah buku-buku Jabatan bagi maksud arahan, perintah-perintah dan arahan-arahan biasa Jabatan, dokumen-dokumen mengenai bekalan barang-barang dan alat-alat kelengkapan biasa tentera dan polis.

Setiap peringkat Level Security di atas mempunyai kesan-kesan yang berbeza terhadap negara. Jadi adalah sangat penting rakyat Malaysia tahu apa yang membezakan antara sumber terbuka ataupun rahsia. Dan jika perkara tersebut disebarkan walaupun tanpa sengaja, akta ini akan menyebabkan anda ditangkap tanpa perlu waran dikeluarkan terlebih dahulu. Ingat, "enemy wanted to know what you know", so nilaikan sendiri.


No comments: