Admin merasa agak
terkilan dan kecewa dengan tindakan sebilangan kecil barisan bekas jeneral tentera yang
kini bersekongkol dan rela diper"Kuda"kan oleh Pakatan Pembangkang
(PP). Dimanakah 'Ikrar Kesetiaan'mereka??? Segala dakwaan barisan Jeneral
tersebut pula dilihat lebih cenderung kepada unsur tohmahan, fitnah dan
pembohongan. Kononnya mereka kini sedang memperjuangkan nasib warga dan bekas
tentera.....dulu semasa dalam perkhidmatan kenapa mereka tidak membela nasib
dan kebajikan warga tentera......mana mungkin mereka mampu berbuat
demikian!!!!????
Perjuangan mereka
lebih bersifat kepentingan peribadi yang 'tamak kuasa'. Mereka mengharapkan PP
mencalonkan mereka sempena PRU 13 yang semakin hampir. Inilah "manusia
opportunist" yang sanggup melakukan apa saja demi memenuhi cita-cita
peribadi mereka. Barisan bekas Jeneral bukanlah 'authority' untuk bercakap
mengenai pengurusan dan sistem perolehan aset pertahanan KEMENTAH/ATM. Inilah
juga manusia yang boleh dilabelkan sebagai golongan 'Melayu Mudah Lupa'.
Tidakkah mereka
sedar bahawa kerajaan memerintah adalah 'stake holder' mereka dan bukannya
Ketua Pembangkang!!! Apabila 'tamak kuasa' menghantui diri, pertimbangan minda
berkecelaruan......keputusan bersama PP akibat naluri dan nafsu serakah tidak
terkecuali untuk mendapat "habuan" tertentu......inilah nilai maruah
diri barisan bekas Jeneral tersebut. Admin berdoa agar warga dan bekas tentera
serta rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda mereka.
No comments:
Post a Comment