Followers

Thursday 14 March 2013

OP DAULAT: KAWALAN MAKLUMAT MEDIA



Kehausan maklumat oleh pihak media ketika situasi krisis dan aman amat berbeza. Hakikat ini perlu difahami oleh semua pihak media walaupun rakyat berhak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Admin berasa bahawa pihak media terlalu menekan pasukan keselamatan OP DAULAT dengan pelbagai soalan tidak terkecuali maklumat kerahsiaan operasi pasukan keselamatan seperti kekuatan, komposisi, disposisi dan tindakan yang sedang dijalankan. Banyak masa juga terpaksa diluangkan kepada pemberita oleh pemerintah OP DAULAT bagi melayan karenah pemberita yang tidak tahu meletak garis sempadan - situasi krisis dan aman!!! Akibat desakan media, berlakulah ketirisan maklumat melalui media tradisi dan baru......pihak media tidak sedar bahawa bukan sahaja rakyat yang mempunyai akses malah kumpulan penceroboh juga mempunyai akses kepada maklumat yang dipaparkan di dada akhbar dan media baru........maklumat operasi telah dikompromi oleh pihak media!!!

Admin berharap agar maklumat kepada pihak media lebih terkawal manakala pihak media pula perlu sensitif kepada 'kerahsiaan maklumat' operasi kerana dibimbangi ianya boleh membuat kumpulan penceroboh berada 'one step ahead' dalam merangka strategi dan tindakan mereka. Kebocoran maklumat juga boleh membawa padah kepada pasukan keselamatan yang sedang melaksanakan tugas. Bukankah pemerintah pasukan keselamatan lebih utamakan pencapaian misi mereka daripada terlalu melayan keinginan dan kehendak pihak media???

Ketirisan maklumat berdarjah bukan sahaja berlaku dalam media cetak malah ianya turut berlaku dengan lebih meluas melalui media baru di kalangan bloggers yang kurang sensitif terhadap kepentingan kerahsiaan maklumat operasi. Admin melihat banyak maklumat operasi didedahkan oleh media dan bloggers mulai hari kedua (13 Feb) insiden pencerobohan hinggalah ke saat penglibatan terup ATM. Ada yang mendedahkan jadual ketibaan dan jumlah kapal TLDM di kawasan operasi, penempatan penembak tepat, penglibatan aset strategik ATM, aktiviti PDRM di lokaliti terbabit beserta imej dsb.

Diharap di masa hadapan,pihak media dan bloggers lebih prihatin dan sensitif terhadap maklumat rahsia operasi pasukan keselamatan. Pihak media disarankan untuk bertindak lebih profesional dan beretika tanpa membantu kumpulan penceroboh dengan pelbagai maklumat......!!! Pihak berwajib pasukan keselamatan pula disarankan agar melaksanakan "kawalan media sewaktu krisis" secara lebih efektif agar tidak berlaku sebarang ketirisan maklumat operasi.

No comments: