Followers

Monday 25 March 2013

LIMA’ 2013



Pulau Langkawi kembali meriah apabila Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa (LIMA’ 13) akan bermula pada 26 Mac hingga 30 Mac 13. Sebelum pembukaan secara rasminya pada 26 Mac 13, latihan penerbangan dan pertunjukan udara dan maritim telah diadakan pada setiap hari.


Antara tarikan LIMA 2013 ialah empat pasukan aerobatik bakal mempamerkan kehebatan iaitu Tim Aerobatik Jupiter milik Tentera Nasional Indonesia, Pasukan Smokey Bandits Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Krisakti (Pasukan Aerobatik 1Malaysia) dan Russian Knights (Tentera Udara Rusia).


Syarikat pembuat pesawat terkemuka dunia dan syarikat pembinaan kapal seperti Boeing, Rolls Royce, BAE Systems, Agusta Westland, Sukhoi, Thales dan Dassault masing-masing akan mempamerkan aset pertahanan serta komersial terkini mereka pada pameran edisi ke-12 itu.


Selain pesawat pejuang, komersial dan helikopter, pesawat peribadi turut menjadi antara tarikan utama di tapak pameran statik di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri. Antara pesawat menarik ialah helikopter terbaharu TUDM iaitu Eurocopter EC725, Eurofighter Typoon, Dassault Rafale, SAAB Gripen, pesawat persendirian Bombardier G6000 dan Gilfstream G500.

Anchorage Plan LIMA 2013

Bagi segmen maritim pula, kapal selam KD Tun Abdul Razak milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyertai 65 kapal tentera laut lain termasuk kapal pemusnah USS Chung Hoon milik Tentera Laut Amerika Syarikat, HMAS Paramatta dan HMAS Maryborough dari Australia.'Pameran statik maritim juga memberi peluang kepada pengunjung untuk melawat beberapa kapal milik TLDM yang berlabuh di jeti Awana Porto Malai.

No comments: