Gempur Kiram Sampai Lubang Cacing |
Baru-baru ini
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan
Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan kawasan
keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM (Eastern Sabah
Security Command)
Insiden
pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam
orang anggota keselamatan di Semporna baru-baru ini menjadi faktor utama yang
mendorong kepada penubuhan kawasan keselamatan khas ini
Sebanyak lima
batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja
Malaysia (PDRM) akan di tempatkan di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis
akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan
ketenteraman negeri.
Kawasan keselamatan
khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk
dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di
pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.
Kawasan ESSCOM |
Kawasan yang
sebegini panjang dan luas sememangnya terdedah kepada risiko keselamatan dan
pembentukan ESSCOM ini menunjukkan Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari
insiden pencerobohan itu sebagai pengajaran berguna.
Usaha menambah baik
aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang
membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini.
Dari sudut lain, kebanjiran pendatang asing juga akan dapat di kekang.
Kewujudan ESSCOM
juga selain bermatlamat untuk membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus
berulang di masa depan, di masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para
pelabur yang sebelum ini telah menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.
Sekitar tahun
1970-an dulu di Sarawak pernah wujud Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM)
yang terbukti berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak yang
kemudiannya diikuti dengan limpahan keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi
dapat dilaksanakan.
Justeru itu
kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini mampu mencapai matlamatnya sama seperti
kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan semula ketenteraman dan merancakkan
semula kegiatan ekonomi di negeri ini.
No comments:
Post a Comment