Followers

Wednesday 27 March 2013

LAPORAN POLIS TERHADAP BEKAS PEGAWAI ATM



Badan Bukan Kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia, (JMM) siang tadi membuat laporan polis terhadap dua bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana mendedahkan rahsia ketenteraan serta membuat tohmahan terhadap ATM. Mereka ialah bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim Hussein dan Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir Abdul Hamid.


Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang. Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim dituduh mendedahkan rahsia ketenteraan seperti lapisan pertahanan negara dan kandungan aset ketenteraan bagi setiap lapisan pertahanan negara ketika berceramah di Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak 15 Mac lalu.


Manakala Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR 13 Mac mendakwa Bahagian Perisikan Pertahanan, BSPP telah hilang kepakaran kerana digunakan untuk operasi politik di samping mendedahkan bahagian dalaman BSPP.


Tindakan laporan polis yang dibuat tidak mengejutkan malahan sudah menjangka ramai bekas tentera tidak berpuas hati dengan kenyataan pak-pak jeneral kitar semula tunggangan pembangkang. Pakatan Jeneral expired tersebut sanggup menggadaikan maruah dan  mengingkari janji taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong dengan membocorkan rahsia-rahsia Angkatan Tentera Malaysia.


No comments: