Admin secara
peribadi merasakan nama OP DAULAT lebih bermakna dan tepat berbanding nama
sebelum ini - OP SULU. Walaupun ada yang berpendapat, what's
there in a name!?....Roses call by some other names still smell sweet!!! Apapun,
kewajipan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara adalah menjadi
tanggungjawab setiap warganegara Malaysia.
Admin berasa kagum
dengan kejayaan OP DAULAT terutama warga pasukan keselamatan yang memberi
khidmat bakti dan pengorbanan demi mempertahankan kedaulatan negara daripada
sebarang bentuk ancaman. Sebenarnya, insiden pencerobohan di Lahad Datu sejak
12 Feb telah memberi gambaran jelas akan pengukuhan dan pemantapan Blue
Ocean Strategy, idea yang
dicetuskan oleh PM. Sememangnya kerjasama akrab antara ATM dan PDRM jelas
ketara dalam OP DAULAT malah amat membanggakan rakyat kerana rakyat kekal yakin
dengan keupayaan pasukan keselamatan dalam membanteraskan musuh negara demi
keamanan rakyat 1Malaysia.
Admin yakin model
ini akan tambah terserlah nanti setelah wujudnya Special
Security Area Command di Pantai
Timur Sabah dengan adanya elemen awam bersama ATM dan PDRM. Selain daripada
pemantapan strategi lautan biru tersebut, insiden di Lahad Datu yang telah
mengorbankan seramai 10 wira negara bukanlah satu sandiwara atau
lakonan.......jauh sekali daripada konspirasi politik. Jangan ada lagi di
antara kita mengikut jejak Tian Chua yang Admin anggap tindakan beliau adalah
bersifat Petualang dan Pengkhianat Negara yang perlu didakwa oleh pihak
berwajib berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada.
Admin berharap agar
seluruh rakyat Malaysia bangun dan membantah kenyataan dan tindakan pemimpin
pembangkang (Tian Chua) tersebut. Marilah kita sama-sama membina sifat dan
sikap wathaniyyah (patriotisme)
di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik dalam
mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.....!!!
No comments:
Post a Comment