Followers

Wednesday, 27 June 2012

ALI TINJU, DEMONSTRASI, PUNGKOQ, SENATOR DAN ....................

Adakah ini Motif Sebenar Ali Tinju?????????????????

 Lagi Ali Tinju nak buat demonstrasi!!!!!. Tetapi apa motif sebenar Ali Tinju??????Adakah Ali sengaja hendak memecah belahkan komuniti bekas tentera untuk kepentingan sendiri...Bagi saya jika Ali mahukan publisiti, Ali sudah cukup terkenal dengan tindakannya melakukan demonstrasi tunjuk pungkoq depan rumah Ambiga sebelum ini.

Ali yang terkenal dengan demonstrasi tunjuk pungkoq!!!!!!
Difahamkan Ali Tinju bercadang untuk mengadakan demonstrasi dalam masa terdekat bertujuan bagi menyerahkan Memorandum kepada PM di Dataran Putrajaya. Ali Tinju disyorkan untuk mempertimbangkan semula pendekatan yang bakal diambil bagi menyerahkan Memorandum tersebut. Jika benar pengakuan PVTM yang sentiasa menyokong penuh kerajaan pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, pendekatan PVTM untuk berdemonstrasi agak bercanggah dengan laungan sokongan mereka terhadap kerajaan khususnya PM. Tindakan berdemonstrasi boleh menjejaskan imej,bukan saja imej kerajaan dan PM bahkan turut mencalar imej ATM/KEMENTAH dan keseluruhan bekas dan warga tentera kerana masih terbuka pelbagai ruang untuk menyalurkannya.

Persoalanya.......Adakah PVTM persatuan gila berdemonstrasi??????????
Kami bekas tentera tidak menyokong Ali Tinju untuk membuat sebarang demonstrasi jalanan dan Ali diseru untuk menggunakan pendekatan bersemuka yang lebih rasional dan relevan dengan prinsip bermuzakarah serta landasan berdialog/berbincang. Pendekatan seumpama ini tidaklah terhad kepada PVTM sahaja malah kepada keseluruhan NGO yang menyokong kerajaan.

Bekas Tentera tidak menyokong demonstrasi!!!!!!!!!!!!
Kami bekas tentera sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan menjaga kebajikan bekas tentera melalui usaha Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT). JHEV dan PERHEBAT menyediakan pelbagai bantuan kepada veteran tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan untuk meringankan kos sara hidup mereka seperti skim bantuan kebajikan dan pendidikan, perubatan serta bantuan sara hidup.

5 comments:

Sukaimi said...

apa pasal susah sangat nak ubah undang2 pencen M'sia ,hanya untuk anggota tentera , khidmat dengan kerajaan lebih 10 tahun sepatutnya di masuk kira untuk dapat pencen,.macam penjawat awam yang lain,.3,4 tahun pon di kira ,apa bila mencapai umur pencen.55-58,.hal .kebajikan 100/200,.sebulan ,dan tentang perubatan kerajaan M'sia memang dah menjamin percuma untuk orang yg tidak mampu,..dan daif. memang lah jhev ada bagi bantuan .anak masuk IPTA tapi kalau anak dapat belajar di IPTS (swasta)tak layak,ini diskriminasi ,jhev tak bole buat kenyataan umum bekas2 diberi bantuan pelajaran anak2 nya,.pengeliruan nama nya,..memang raayat M'sia bukan bekas2 tentera pon ada badan2 sprt baitulmal JKM bole beri bantuan,2,3 ribu tiap2 tahun.untuk .pendidikan anak,hingga ank nak kawin pon baitul bole beri bantuan,2,3 ribu,org awam pon ada kerajaan sediakan bantuan macm TEKUN .SBNRNYA .apa yg bekas2 tentera mahuKAN ialah akta tentera di ubah ,supaya ,soal upah kerja setimpal ikut masa dan tenaga ,dan risiko mortaliti dan mobidity.walau pon tidak di kira semasa khidmat,selepas berhenti ia perlu di ganti (compensate) , dengan faedah2 yang setimpal.untuk jaminan sosial ekonomi masa depan,..macm, LTAT sepatutnya tiadak lepas tanagn saja setelah beri ,potion yg di sumbang sbb ,tetapi .itu bukankah ianya keuntungan dari wang yg di niagakan.dan itu adalah .hak bekas tentera,.. ada ke anggota tentera di byar kerja lebih masa o claim kerja ot .?.hidup dalm tentera 10-20 taqhun hanya otak tumpukan pada tugas2 dan arahan regimental sampai lupa nak fikir , masa depan soal keluarga dan sosial ekonomi nya maksud langsong tak ingat nak buat duit, segala2 nampak selesa semasa dalam ,kemp makan minum di jaga ,tempat ntinggal, disediakan .dan berhenti baru perasan,.faedah yg ada bukan bentuk wang macm kasut n baju uniform, gunting rambut ,jngn lah dibangkitkan mengaibkan ATM je nanti,..apa pasal menteri nak berdolak dalik ,..ni..tak faham lah kita..ada yg tak kena kot pimpinan dalaman kerajaan o MP. pelanduk mati di tengah2 ..walahuwalam..

Anonymous said...

Selagi kita masih mempunyai tenaga dan rajin berusaha dengan jalan yang benar, insyallah tuhan akan menolong kita.

Unknown said...

Dalam tentera, kita diajar untuk survival.kita diajar untuk mencari inisiatif jika kita dalam kesusahan.kalau semua bekas tentera setelah keluar dr perkhidmatan masing2 nak mintak duit sana, duit sini...tidak guna jadi askar selama ini.rezeki di tangan allah.kita haruslah berusaha untuk mencarinya.bukan dengan cara memintak-mintak.akhirnya kita hanya dapat seribu tetapi orang seperti ali tinju dapar sejuta.sapa yang untung???

Anonymous said...

Setuju Navy the best aku dari navy berkhidmat 13 thn, lepas berhenti aku kerja dari bawah jadi driver syarikat hantar barang dalam masa 5 thn aku dah jadi pengurus.Apax pun bila berhenti kena rajin dan tabah untuk bersaing diluar sana. tk

Anonymous said...

Aku bekas navy last intake (sembawang), kalau ali tinju nak buat demonstrasi, ali tinju pun lebih kurang macam ambiga juga, buat malu company (ex navy) aje. Untuk insan yang pernah bergelar navy, Never Always Volunteer Yourself dalam mana-mana demonstrasi. Assalammualaikom warahmatullahi wabarokatuh.